Sejamas World Perkenal Bateri Madani
Syarikat penyelesaian automotif milik Bumiputera, Sejamas World Sdn Bhd, telah melancarkan Bateri Madani iaitu jenama bateri kereta bebas penyelenggaraan premium pada harga mampu milik di negara ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sempena Karnival Mega 3 Damansara, sebagai simbol usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40.

Bateri Madani : Harga Serendah RM130
Bateri Madani ditawarkan pada harga bermula RM130, termasuk pemasangan profesional, diagnostik dan kalibrasi sistem kenderaan.
Menariknya, dianggarkan harga bateri ini 50 peratus lebih rendah berbanding jenama setanding lain di pasaran, namun tetap mengekalkan kualiti gred premium hasil kerjasama dengan pengeluar global.
Setiap unit turut hadir dengan jaminan selama setahun atau 20,000 kilometer untuk kenderaan persendirian. Bateri Madani kini boleh didapati di seluruh rangkaian pengedar sah dan pusat servis Sejamas World di Malaysia.

Menurut jurucakap Sejamas World, Alfred Kenneth Jingulam Jr, pengenalan Bateri Madani bukan sekadar langkah komersial, tetapi sebahagian daripada misi sosial syarikat.
“Misi kami adalah memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memiliki bateri kenderaan berkualiti tinggi. Dengan lebih 38.7 juta kenderaan berada di jalan raya, pengangkutan persendirian kini menjadi keperluan asas. Apabila kos sara hidup meningkat, kami mahu tampil dengan penyelesaian sebenar yang membantu meringankan beban rakyat,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa Bateri Madani merupakan “inovasi berteraskan sosial” yang bukan sekadar menjual produk, tetapi memperkukuh pergerakan nasional untuk memperkasakan rakyat Malaysia melalui penyelesaian automotif yang mampu milik dan berkualiti.
Sokongan Perdana Menteri terhadap pelancaran ini turut menandakan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan Bateri Madani sebagai sebahagian daripada ekosistem “Gerak Madani”, yang menyokong daya tahan ekonomi negara serta kelestarian jangka panjang.

Dalam ucapannya, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan inisiatif seperti ini sejajar dengan usaha kerajaan memperkasa komuniti B40 dan M40, serta memupuk semangat kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan demi kesejahteraan rakyat.
Bagi Sejamas World, pelancaran ini menjadi bukti bahawa inovasi automotif dan tanggungjawab sosial boleh bergerak seiring. Inisiatif Bateri Madani bukan sahaja menandakan komitmen terhadap kualiti produk, malah menunjukkan usaha syarikat mengimbangi pertumbuhan perniagaan dengan kesejahteraan rakyat.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian, pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi Sejamas World Sdn Bhd.
Tentang Sejamas World Sdn Bhd
Berpusat di Subang Jaya, Selangor, Sejamas World Sdn Bhd ialah syarikat penyelesaian automotif milik penuh Bumiputera di bawah Sejamas Group. Syarikat ini mengkhusus dalam pengedaran bateri automotif, inovasi produk, serta perkhidmatan selepas jualan di seluruh negara.
Melalui inisiatif seperti Bateri Madani dan kerjasama strategik bersama koperasi tempatan dan rakan industri, Sejamas World berhasrat untuk terus memacu kemajuan sektor automotif tempatan berteraskan nilai dan tanggungjawab sosial untuk rakyat, oleh rakyat.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Koleksi Jenama PUMA Musim Luruh & Musim Sejuk (AW23) Untuk Sukan Pemotoran Bakal Masuk Pasaran Asia Tenggara
Jenama sukan global PUMA sedang berusaha untuk mencipta satu budaya dalam dunia sukan perlumbaan. Dengan platform sukan permotoran yang semakin berkembang, PUMA ingin menjadi naratif bagi komuniti automotif di litar dan di jalanan.

PUMA bakal memperkenalkan koleksi sukan permotoran bagi musim luruh dan musim sejuk (AW) 2023 pada hari ini. Membawakan kepada umum rekaan koleksi campuran antara litar dan ‘street-smart’, yang mana PUMA telah bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka automotif.

Koleksi ini dilancarkan di empat pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Peminat dunia automotif boleh memilih dari pelbagai rekaan baju-T, hoodie, jaket, seluar trek, seluar pendek, topi, kasut dan pelbagai lagi aksesori lain.

Koleksi AW 2023 boleh didapati di kedai PUMA terpilih dan juga di laman sesawang PUMA.com bermula 15 Ogos 2023. Anggaran harga bagi produk yang dihasilkan adalah dari RM159 hingga RM729. Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari, https://my.puma.com/my/en/motorsport-1.

Selain dari itu, PUMA turut merasmikan majlis Kelab Kereta di Asia Tenggara dengan Malaysia menjadi negara persinggahan pertama! Kelab Kereta PUMA yang julung kali diadakan ini akan menyambut kesempurnaan yang diinspirasikan oleh semangat komuniti sukan permotoran disini.

Majlis yang diadakan hari ini bertempat di Sentul Depot, Kuala Lumpur akan turut disertai duta jenama PUMA SEA Motorsport, Choo Sung-hoon (a.k.a. “Sexyama”), bintang global sukan MMA dan finalis siri Netflix Physical 100.

Turut bersama dari wakil Malaysia adalah Jeremy Lim, Pengurus Pengarah Blackbyrd & Dragonfly KL, Huang Ean Hwa, veteran pemasaran dan pengiklanan yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam industry dan juga pembaik pulih jenama kereta Porsche, Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Kelab Art Of Speed Malaysia.

Dato’ David Gurupatham, peguamcara yang disegani dengan tiga dekad pengalaman dalam industry, Dennis Yin, penari Malaysia, hos dan pempengaruh terkenal dan akhir sekali, Remus Chang, Pengasas dan Pengarah Kreatif Motorsport Playground dan peminat 911.

Selain menampilkan komuniti PUMA yang disebut tadi, majlis ini turut dimeriahkan dengan permainan, persembahan dan aktiviti yang mengujakan serta memberi sedikit intipati kepada dunia ekstrim sukan permotoran PUMA.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Jenama Interkom Untuk Motosikal Terbaik Di Pasaran

Interkom motosikal adalah alat yang disambungkan ke telefon melalui sistem Bluetooth. Antara fungsi utama intercom adalah supaya penunggang boleh berkomunikasi dengan penunggang lain terutama ketika konvoi motosikal.
Ada juga yang menggunakan intercom untuk membuat panggilan, mendengar muzik atau mendapatkan arahan dari sistem navigasi mereka seperti Waze atau Google Map. Peranti ini biasanya terdiri daripada pembesar suara, mikrofon, unit pusat dan bateri.
Hari ini penulis ingin kongsikan beberapa jenama intercom yang terbaik dipasaran.

1.Cardo Packtalk Edge Mesh
Dikenali dengan kualiti bunyi yang baik, anggaran harga jenama in adalah sekitar RM 1,700. Ia mempamerkan pembesar suara daripada jenama JBL, yang dikenali dengan kualiti audio yang unggul.

2.Sena 30K Motorcycle Bluetooth Headset/Mesh Communication System
Anggaran harga untuk jenama ini adalah RM1,900. Model ini menawarkan Bluetooth dan interkom mesh dalam radius jarak 2KM dan mempunyai sambungan ke telefon pintar.

3.Sena 20S EVO Motorcycle Bluetooth Headset Communication System
Tersedia dengan anggaran harga RM2,000, interkom generasi seterusnya ini mempunyai pembesar suara yang dikemas kini dan boleh dihubungkan sehingga kepada enam penunggang lain.

4.Cardo Packtalk Bold
Terbaik untuk kumpulan menunggang yang besar, dengan anggaran harga RM1265 dan menawarkan kualiti bunyi yang sangat baik dengan pembesar suara JBL.

- Sena SRL2
Unit ini menggantikan dua bahagian sisi plastik dan ia dikawal oleh tiga butang di sebelah kiri dan menggunakan chipset yang sama seperti 20S Evo untuk fungsi yang serupa. Ia sesuai digunakan untuk kebanyakan pengeluar topi keledar besar (Shark, LS2, Schuberth dan sebagainya.) Anggaran harga RM 1,350.
Pemilihan interkom bergantung kepada keperluan pengguna kerana setiap interkom mempunyai perbezaan harga yang berbeza tetapi mempunyai ciri teknologi yang berbeza. Jika anda hanya menggunak interkom hanya untuk mendengar muzik, boleh gunakan intercom yang lebih murah dan praktikal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Tesla Supercharger Pavilion KL Kini Dibuka Dengan Kadar RM1.25/kWh
Tesla Malaysia semalam mengumumkan stesen pengecasan Supercharger Pavilion KL kini dibuka secara rasmi.

Dengan lapan terminal pengecasan pantas DC 250 kW yang disediakan, pemilik Tesla boleh menambah jarak perjalanan sehingga 270km dalam tempoh 15 minit sahaja. Stesen pengecasan tersebut dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Tesla Supercharger V3 ini menawarkan kadar pengecasan bermula RM1.25kWh, ini bermakna pengecasan sehingga 24kWh dianggarkan sekitar RM30. Setelah bateri penuh, pemilik perlu mengalihkan kereta ke tempat letak kereta biasa.

Jika gagal membuat demikian, pemilik Tesla akan dikenakan caj terbiar (idle fee) yang boleh mencecah sehingga RM4.00 setiap minit. Menurut Tesla, caj terbiar bermula RM2.00 setiap minit jika stesen supercharger dalam 50% kapasiti dan boleh berganda kepada RM4.00 jika stesen pengecasan dalam kapasiti 100%.

Caj terbiar akan dibatalkan jika pemilik Tesla mengalihkan kereta dalam masa 5 minit selepas pengecasan penuh. Tak lupa juga, pemilik kereta turut dikenakan caj letak kereta dalam Pavilion seperti biasa. Lokasi Tesla Supercharger terletak di aras B1 berdekatan dengan tiang C21.

Untuk mengelak dikenakan caj terbiar, pemilik Tesla dinasihati untuk mengecas kereta apabila hendak keluar dari pusat beli belah kerana mengikut kepada Tesla, pengecasan pantas selama 5 minit mampu memberi jarak perjalanan sejauh 120km.

Kadar bayaran bagi penggunaan Tesla Supercharger diperhatikan agak kompetitif jika hendak dibandingkan dengan stesen pengecasan pantas lain yang berada di pasaran.
Sebagai contoh, stesen pengecasan ChargEV Kempower yang terletak di Bukit Bintang mampu menghasilkan sehingga 320kW dengan kadar RM1.20 setiap kWh dan anda masih boleh biarkan kereta yang sudah cas penuh sehingga 30 minit di tempat letak kereta valet yang disediakan.

Manakala, stesen pengecasan pantas 350kWh DC Gentari yang terletak di XPark Sunway Serene baru-baru ini telah menaikkan kadar pengecasan kepada RM1.70/kWh. Bagaimanapun, pengguna boleh mendapatkan kadar serendah RM0.85/kWh dengan melanggan pelan keahlian tahunan Gentari.

Selain Pavilion Kuala Lumpur, Tesla Malaysia berhasrat untuk meluaskan stesen pengecasan ke lokasi yang dilalui ramai pengguna jalan raya seperti, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS Highway).

Tesla Malaysia turut bekerjasama dengan pemaju hartanah seperti Pavilion Group, Sunway Group, Gamuda Land, Levn Capital dan Quill Group untuk memperbanyakkan stesen pengecasan EV di kawasan tertentu.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!



