Ads

Apa Yang Baharu Pada Aveta Vanguard 250 (2026)?

Aveta Vanguard 250 (2026) Dipertingkat Dengan 10 Naik Taraf Baharu, Harga RM16,688

Aveta Motor Malaysia mengumumkan ketibaan versi dipertingkat bagi Vanguard 250 untuk tahun 2026, menampilkan 10 penambahbaikan utama yang memberi fokus kepada keselesaan, praktikaliti dan fleksibiliti tunggangan.

Model ini akan mula berada di pengedar sah seluruh negara bermula awal Mac 2026.

Apa Yang Baharu Pada Aveta Vanguard 250 (2026)?

Sejak diperkenalkan, Vanguard 250 mencipta identiti tersendiri dalam segmen Adventure Touring Crossover (ATC) tempatan.

Ia menggabungkan elemen skuter automatik dengan gaya serta ergonomik motosikal adventure, sekali gus menawarkan keseimbangan antara penggunaan harian dalam bandar dan perjalanan jarak jauh.

Apa Yang Baharu Pada Aveta Vanguard 250 (2026)?

Ads

Spesifikasi Vanguard 250 Kekal, Pakej Diperkemaskan

Dari segi trenkuasa, motosikal ini masih menggunakan enjin 250cc silinder tunggal sejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi CVT automatik. Karakter enjin ini sesuai untuk tunggangan santai mahupun jelajah sederhana jauh, dengan posisi tunggangan tegak yang lebih selesa untuk tempoh lama.

Apa Yang Baharu Pada Aveta Vanguard 250 (2026)?

Rangka dan konfigurasi asas model ini dikekalkan, namun versi 2026 memberi penekanan terhadap naik taraf berdasarkan maklum balas komuniti penunggang serta pengalaman penggunaan sebenar.

Ads

10 Penambahbaikan Utama

Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah:

  1. Paparan digital TFT 7-inci dengan fungsi skrin sentuh

  2. Cermin hadapan boleh laras secara elektrik

  3. Reka bentuk suis kawalan baharu

  4. Pelindung ekzos dipanjangkan untuk perlindungan haba lebih baik

  5. Penutup enjin baharu bagi memudahkan penyelenggaraan

  6. Tapak kaki pembonceng dipertingkatkan

  7. Ruang simpanan bawah tempat duduk kini boleh memuatkan helmet full-face

  8. Reka bentuk tempat duduk baharu yang lebih selesa

  9. Penyerap hentak belakang boleh laras

  10. Sistem ABS dan TCS yang boleh ditutup

Naik taraf ini menjadikan motosikal ini lebih versatil, khususnya bagi penunggang yang menggunakan motosikal ini untuk kombinasi perjalanan harian dan aktiviti konvoi atau touring hujung minggu.

Apa Yang Baharu Pada Aveta Vanguard 250 (2026)?

Ads

Warna Baharu Vanguard 250, Harga Kompetitif

Vanguard 250 (2026) ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu iaitu Nano Green dan Desert Bronze. Harga jualan asas ditetapkan pada RM16,688, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Apa Yang Baharu Pada Aveta Vanguard 250 (2026)?

Dengan penambahbaikan menyeluruh ini, Aveta terus memperkukuh kedudukan Vanguard 250 sebagai antara pilihan utama dalam segmen ATC 250cc di Malaysia, menawarkan pakej lengkap pada harga yang kekal kompetitif.

Baca Juga : Edisi Twilight Blue, AVETA Vanguard 250 SE Berwajah Baru

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Toyota Uji Jentera WRC Baharu, Adakah ini Bayangan Kebangkitan Semula Toyota...

Prototaip Coupe Dua Pintu Toyota Dikesan Di Portugal, Celica Kembali Ke Pentas Rali? Toyota dilaporkan telah memulakan ujian bagi jentera generasi baharu Kejuaraan Rali Dunia...