Aston Martin dan Brough Superior kembali menggoncangkan dunia motosikal dengan pelancaran AMB 001 Pro, sebuah superbike 997cc yang direka khas untuk litar.
Diinspirasikan oleh hypercar Valkyrie AMR Pro milik Aston Martin, motosikal ini menawarkan pengalaman pemanduan yang ekstrem dan prestasi tanpa batasan.
Motosikal AMB 001 Pro ini hanya akan dihasilkan sebanyak 88 unit sahaja, menjadikannya satu karya edisi terhad yang eksklusif.
Hasil daripada kerjasama antara Aston Martin dan Brough Superior. Rekaan ikonik Aston Martin dipadankan dengan teknologi motosikal canggih Brough Superior.
Versi terkini ini merupakan pengganti kepada model AMB 001
yang telah habis dijual sebelum ini.Seperti Valkyrie AMR Pro, motosikal ini direka untuk menakluki litar dengan kuasa yang luar biasa.
AMB 001 Pro menawarkan peningkatan kuasa sebanyak 25% berbanding model sebelumnya. Menghasilkan 225 HP dengan nisbah kuasa kepada berat 1.28 hp/kg – hampir sama dengan kereta Formula One®.
Reka bentuk aerodinamik motosikal ini ditambah baik untuk meningkatkan downforce. Bahagian spoiler hadapan dan sayap sisi membantu kestabilan motosikal. Manakala cowling hadapan dipasang tetap pada badan untuk mengawal aliran udara di bahagian depan.
Udara masuk melalui sayap hadapan, melintasi cowling, dan diarahkan ke atas penunggang melalui pelindung angin dinamik.
Bahagian belakang turut mempunyai sirip yang membantu menstabilkan aliran udara, memberikan kestabilan maksimum semasa menunggang di litar.
Kuasa luar biasa AMB 001 Pro dihasilkan oleh enjin CNC dual-silinder 997cc yang dipotong dari billet aluminium.
Bahan ini meningkatkan keteguhan enjin sambil membantu menyejukkan silinder melalui reka bentuk baru yang dilengkapi wet cylinder liners.
Rekaan motosikal ini hadir dengan livery perlumbaan, menggabungkan warna Verdant Jade Aston Martin dengan kemasan serat karbon satin dan enjin yang disaluti Cerakote hitam.
Terdapat juga aksen Photon Lime, yang memberi penghormatan kepada kejayaan Aston Martin di arena perlumbaan.
Sebagai lambang keistimewaan, motosikal ini dilengkapi dengan lencana lacewing Aston Martin, yang asalnya direka untuk program Valkyrie. Lencana ini lebih ringan dan nipis berbanding lencana enamel biasa, memberikan sentuhan premium yang halus di bahagian cowling hadapan dan tangki minyak.
Motosikal ini dilengkapi dengan enjin 997cc yang sejuk air, DOHC, V-twin 88˚ dengan empat injap bagi setiap silinder. Kotak gear jenis 6-kelajuan serta multiplate oil-bath clutch memberi penunggang kawalan penuh di atas litar. Bingkai motosikal menggunakan rangka aluminium CNC dengan enjin berstruktur dan badan serat karbon.
Suspensi hadapan terdiri daripada fork aluminium CNC dengan pautan tiga segi yang boleh dilaraskan, manakala suspensi belakang dilengkapi monoshock yang juga boleh disesuaikan. Untuk brek, motosikal ini dilengkapi dengan dua cakera 320mm di hadapan dan satu cakera 230mm di belakang.
AMB 001 Pro dijual pada harga bermula $187,625 (RM875,000) dan eksklusif untuk litar, menjadikannya simbol prestasi, reka bentuk dan kemewahan yang tiada tandingan.
Dari Aston Martin
Baca Juga Aston Martin Vanquish 2025
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.