ASMAX Intercom Malaysia Lancar Model Future 1, F1 Pro Max dan EVAR Edition
ASMAX merupakan jenama intercom motosikal yang semakin dikenali dalam kalangan penunggang di Malaysia.
Memasuki tahun ketiga kehadirannya di pasaran tempatan, ASMAX tampil dengan beberapa pembaharuan penting bagi tahun 2026 termasuk pelancaran dua model baharu serta edisi terhad khas.

Tahun Ketiga ASMAX di Malaysia
ASMAX dibawa masuk ke Malaysia secara rasmi sejak tahun 2024 oleh NKS Distributors (KL) Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif.
Sepanjang tiga tahun ini, ASMAX berjaya membina reputasi sebagai jenama intercom yang menawarkan keseimbangan antara prestasi, harga dan kebolehgunaan.
Bagi tahun 2026, ASMAX memperkenalkan dua model baharu iaitu ASMAX Future 1 dan ASMAX F1 Pro Max. Selain itu, ASMAX turut melancarkan edisi terhad ASMAX Future 1 x EVAR yang dihasilkan dalam jumlah terhad untuk pasaran Malaysia.
Pelancaran ini menunjukkan komitmen ASMAX untuk terus menambah baik teknologi komunikasi motosikal seiring dengan keperluan semasa penunggang.
ASMAX Future 1
ASMAX Future 1 direka sebagai intercom serba guna yang sesuai untuk kebanyakan penunggang. Model ini menekankan kemudahan penggunaan, kestabilan sambungan dan kejelasan bunyi.
Antara ciri utama ASMAX Future 1 termasuk sambungan Bluetooth yang stabil, kualiti audio jelas, sokongan kepada telefon pintar dan GPS, teknologi pengurangan bunyi bising serta bateri yang tahan lebih lama. Ia juga direka seusai dengan pelbagai keadaan cuaca di Malaysia.
ASMAX Future 1 sesuai untuk keguaan harian, konvoi motosikal dalam skala besar, penunggang yang gemar melakukan tunggangan jarak jauh.
ASMAX F1 Pro Max
ASMAX F1 Pro Max merupakan model flagship dalam rangkaian produk ASMAX. Ia dibangunkan untuk penunggang yang memerlukan prestasi komunikasi tahap tinggi.
Model ini menyokong mod ASMAX Cloudtalk yang membolehkan sehingga 50 penunggang berkomunikasi dalam satu kumpulan dengan jarak tanpa had.
Selain itu, ia menawarkan kualiti audio yang lebih premium, sambungan lebih stabil serta kapasiti bateri lebih besar untuk kegunaan seharian atau tunggangan jarak jauh.
ASMAX Future 1 x EVAR Edition
ASMAX Future 1 x EVAR Edition merupakan edisi terhad yang diperkenalkan bagi menambah nilai eksklusif kepada barisan produk ASMAX. Ia menggunakan platform ASMAX Future 1 tetapi hadir dengan rekaan khas EVAR serta jumlah pengeluaran yang terhad.
Dalam usaha meningkatkan pemahaman pengguna terhadap teknologi intercom, Takong Racing turut menganjurkan bengkel ASMAX Smart Communicator Future 1 2026.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna tentang cara penggunaan dan kelebihan sistem intercom ASMAX.
Pelancaran ASMAX Future 1, ASMAX F1 Pro Max dan ASMAX Future 1 x EVAR Edition menandakan perkembangan penting ASMAX di Malaysia.
Dengan penawaran produk yang lebih pelbagai dan fokus kepada keperluan penunggang, ASMAX dijangka terus berkembang sebagai salah satu pilihan intercom motosikal di pasaran tempatan.
Baca Juga : 5 Motosikal Modenas Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!






