Automotif

Adakah Kereta dengan “Mileage” Lebih 200,000 Kilometer Sesuai Menggunakan Minyak Enjin Sintetik Penuh?

Share
Kereta yang telah melebihi 200,000 kilometer masih boleh menggunakan minyak enjin sintetik penuh.
Bagi pemilik kereta yang sudah mencapai jarak tempuh melebihi 200,000 kilometer, soalan tentang penggunaan minyak enjin menjadi topik yang sering dibincangkan.
Soalan yang kerap timbul adalah sama ada enjin dengan jarak perjalanan yang tinggi masih sesuai menggunakan minyak enjin “fully synthetic”.
Menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada beberapa faktor penting yang perlu dilihat.

Keadaan Enjin adalah Kunci

Sebelum membuat keputusan sama ada untuk menggunakan minyak sintetik penuh, perkara pertama yang perlu diambil kira ialah keadaan enjin.

Kereta dengan jarak tempuh yang tinggi mungkin telah mengalami kehausan atau kebocoran pada komponen enjin.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa enjin masih dalam keadaan baik sebelum beralih kepada minyak sintetik penuh.

Jika enjin anda masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah kebocoran minyak atau kehausan yang teruk, minyak sintetik penuh boleh digunakan.

Minyak sintetik penuh biasanya disyorkan kerana ia menawarkan perlindungan yang lebih baik berbanding minyak mineral atau semi sintetik.

Minyak sintetik penuh juga lebih stabil dalam suhu tinggi, menjadikannya pilihan yang baik untuk enjin yang sering digunakan dalam keadaan yang mencabar.

Kelebihan Minyak Sintetik Penuh

Minyak sintetik penuh mempunyai pelbagai kelebihan, terutamanya bagi kereta yang telah melebihi 200,000 kilometer.

Ia dirumuskan untuk memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap kehausan, meningkatkan kecekapan bahan api, dan mengekalkan kebersihan enjin.

Ini sangat penting bagi enjin yang telah berusia dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

Secara umumnya, penukaran minyak enjin “fully Synthetic”  boleh dilakukan setiap 10,000 hingga 15,000 kilometer, atau setiap 6 bulan, mana yang lebih awal.

Ini membantu memastikan enjin sentiasa dilindungi dan prestasinya kekal optimum.

Pemilihan Gred Kelikatan yang Sesuai

Gred kelikatan minyak juga memainkan peranan penting dalam memastikan minyak enjin dapat berfungsi dengan baik.

Gred kelikatan menunjukkan sejauh mana minyak boleh mengalir pada suhu yang berbeza.

Di Malaysia, gred kelikatan 10W-40 adalah antara yang popular dan sesuai digunakan, terutamanya untuk kereta yang telah mempunyai jarak tempuh tinggi.

Baca Juga : Minyak Enjin Kereta Menjadi Kering. Apakah Punca Masalah Ini Berlaku?

Gred kelikatan yang betul memastikan minyak enjin dapat melindungi komponen enjin dari kehausan, terutamanya apabila suhu enjin meningkat ketika memandu.

Jika gred kelikatan tidak sesuai, enjin mungkin tidak mendapat perlindungan yang secukupnya, yang boleh mengakibatkan kerosakan lebih teruk.

Rujuk Manual Pengguna dan Lakukan Pemeriksaan Berkala

Pemilik kereta juga disarankan untuk merujuk manual pengguna bagi mengetahui spesifikasi minyak enjin yang disyorkan oleh pengeluar kereta.

Setiap model kereta mungkin memerlukan minyak enjin yang berbeza berdasarkan reka bentuk dan keperluan enjin mereka.

Selain itu, pemeriksaan berkala terhadap paras minyak enjin juga penting untuk memastikan tiada masalah seperti kebocoran.

Minyak enjin yang terlalu gelap atau enjin yang mengeluarkan bunyi bising mungkin merupakan tanda bahawa minyak enjin perlu ditukar dengan segera.

Konklusi

Secara keseluruhannya, kereta yang telah melebihi 200,000 kilometer masih boleh menggunakan minyak enjin sintetik penuh, asalkan enjin berada dalam keadaan baik.

Minyak sintetik penuh memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap kehausan dan mengekalkan prestasi enjin dalam jangka masa panjang.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi