Dalam dunia kereta berprestasi tinggi, pengurangan berat sering kali menjadi kunci untuk membuka potensi sebenar sesebuah kenderaan.
Acura telah menerapkan falsafah ini dalam model Integra Type S HRC Prototype, sebuah jentera dengan reka bentuk yang menggoda dan peningkatan prestasi daripada model asal Integra Type S.
Dipamerkan di Monterey Car Week, prototaip ini merupakan sebuah jentera yang sempurna daripada Honda’s racing department (HRC).
Perubahan paling ketara dalam Integra Type S HRC Prototype ialah pengurangan berat yang signifikan.
Dengan mengurangkan 91 kg daripada model asal, Acura telah diubahsuai menjadi sebuah jentera hatchback berprestasi tinggi yang sah di jalan raya.
Pengurangan berat ini adalah melalui penggunaan beberapa komponen carbon fibre
termasuk hud dan pintu belakang.Tempat duduk belakang digantikan dengan sekeping penghalang carbon fibre, dengan tambahan peneguh casis yang menambah kekuatan dan gaya, terutama apabila dicat dalam warna menarik Indy Yellow Pearl.
Memastikan jentera ini mirip sebuah jentera pelumbaan, Acura juga telah mengeluarkan sistem penyaman udara dan keputusan yang mungkin mengejutkan bagi mereka yang biasa dengan keselesaan kenderaan moden, tetapi satu keputusan yang akan dihargai oleh peminat yang mencari pengalaman pemanduan yang tulen.
Aerodinamik memainkan peranan penting dalam prestasi, dan Integra Type S HRC Prototype tidak mengecewakan.
Kereta ini dilengkapi dengan kit aero yang komprehensif termasuk splitter baru, ventilasi hud yang lebih besar, skirt sisi, dan yang paling ketara, sayap belakang boleh laras yang besar.
Susunan ini bukan sekadar hiasan, ia direka untuk meningkatkan daya turun (downforce) dan kestabilan pada kelajuan tinggi, menjadikan Type S HRC Prototype sebuah mesin yang hebat di litar lumba dan di jalan raya.
Untuk melengkapkan pengurangan berat dan peningkatan aero, Acura telah melengkapkan Integra Type S HRC Prototype dengan tayar Pirelli P-Zero Trofeo R yang sesuai digunakan litar.
Tayar ini dilengkapi dengan sportrim yang lebih lebar untuk meningkatkan lebar jejak kereta sebanyak 30mm di hadapan dan belakang.
Sistem brek juga telah dinaik taraf dengan kaliper Brembo enam piston di hadapan, memastikan kereta ini boleh berhenti dengan cepat.
Casis juga telah diberi peningkatan menyeluruh, dengan adjustable coilovers yang menurunkan ketinggian pemanduan sebanyak 15mm, plat camber dari kereta lumba Type S, dan adjustable rear anti-roll bar yang boleh dilaras.
Perubahan ini direka untuk memberikan Type S HRC Prototype pengendalian yang lebih tajam dan pemanduan yang lebih stabil.
Jentera ini hadir dengan enjin empat silinder turbocharged 2.0-liter kekal tidak berubah daripada segi output kuasa.
Walaubagaimanapun, Acura telah memastikan bahawa enjin ini boleh menahan cabaran penggunaan litar dengan kemaskini intercooler yang lebih besar, dua penyejuk minyak, dan sistem ekzos yang diambil dari kereta lumba.
Peningkatan ini bertujuan untuk memastikan enjin beroperasi pada prestasi puncak, walaupun di litar yang paling mencabar.
Acura masih belum mengesahkan sama ada bahagian yang dibangunkan oleh HRC ini akan tersedia untuk dibeli dan berapa harganya, tetapi potensi untuk aksesori prestasi ini adalah sesuatu yang sangat menarik.
Integra Type S HRC Prototype adalah petunjuk jelas bahawa Acura serius tentang menawarkan peminat komponen yang mereka perlukan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan mereka setanding Spoon dan Mugen.
Baca Juga : Sedan Mewah Terbaik 2024? Mengapa Acura TLX Type S Layak Mendapat Perhatian Anda