Baru-baru ini, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan kemas kini penawaran hatchback paling laris mereka iaitu Toyota Yaris IMP 2023.
Berbeza dengan model Yaris negara jiran yang telah mendapat rekaan serba baharu, Yaris IMP 2023 bagi pasaran tempatan masih lagi mengekalkan rekaan facelift 2021, namun dengan penggunaan bampar yang lebih agresif.
Yaris 2023 ini membawakan kit badan yang lebih sporty, pilihan kemasan cat dua tona dengan bumbung berwarna hitam. Terdapat dua varian yang menawarkan rekaan sebegitu, varian 1.5E dan 1.5G.
Bagi bahagian dalaman, ruang papan pemuka (dashboard) kini menampilkan skrin infohibur baharu sebesar sembilan inci yang engkap dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar secara standard.
Turut ditambah adalah pengecasan peranti pintar tanpa wayar, fabrik kerusi yang lebih menonjol dan port USB-C.
Untuk varian 1.5G, terdapat beberapa komponen yang telah ditambah baik seperti, penggunaan roda stereng balutan kulit lembut, perincian paddle shifter yang lebih baik, tag RFID, serta penderia parkir hadapan & belakang.
Mengekalkan enjin 2NR-FE berukuran 1,496 cc yang mampu menghasilkan kuasa 107 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 140 Nm @ 4,200 rpm, digandingkan dengan transmisi CVT.
Dari segi keselamatan, Toyota Safety Sense didatangkan sebagai standard untuk kedua-dua varian termasuklah Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong, Sistem Pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, 7 beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, serta sistem kamera keliling 3D.
Penawaran varian Yaris 1.5E baharu ini bermula dari RM88,000 manakala Yaris 1.5G bermula daripada RM91,600 (tanpa insurans), lengkap dengan jaminan penuh lima tahun tanpa had perbatuan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor bakal menyelidik dan menilai penggunaan teknologi garisan jalan yang bersinar dalam kegelapan atau lebih dikenali sebagai ‘glow in the dark’, sebelum tahun ini berakhir.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri menerusi Belanjawan Johor 2024 telah mengagihkan dana sebanyak RM1 juta untuk meningkatkan kualiti garisan jalan menggunakan teknologi pantulan cahaya ini.
Menurutnya, jalan-jalan tertentu akan menggunakan teknologi baru ini pada tahun depan. “JKR akan menilai dan mengenal pasti jalan yang sesuai untuk menggunakan teknologi ‘glow in the dark’ terutamanya di kawasan tanpa pendawaian elektrik, kawasan yang gelap, selekoh berbahaya, dan jalan-jalan penghubung antara pekan,” katanya.
Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai Lama pada Rabu. Mohamad Fazli membincangkan tentang penggunaan teknologi ‘glow in the dark’ untuk meningkatkan kualiti garisan jalan.
Menurut beliau, teknologi yang menyebarkan cahaya pada garisan jalan memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding garisan jalan konvensional. “Kos untuk teknologi ‘glow in the dark’ ini adalah lebih tinggi. Namun, apabila kita gunakan teknologi ini, mungkin kita tidak lagi memerlukan lampu jalan,” katanya.
“Walaupun peruntukan RM1 juta ini mungkin terlihat sedikit, namun ini merupakan permulaan untuk memperkenalkan teknologi seumpama ini di Johor,” tambahnya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Suzuki V-Strom 250SX hadir ke pasaran tempatan sejak Ogos 2024. Ikutkan, pada hari penyerahan kunci batch pertama haritu, kami nak pandu uji namun kekangan masa. Jadi, kami pinjam pada minggu ini untuk tunggang uji motor sejauh 150 km – harapnya dapatlah memberi pandangan yang bermanfaat.
Reka Bentuk V-Strom 250SX
Secara kasar, model ini memang 100% nampak seperti adventure bike. Ya betul. Namun, sebab ada huruf ‘SX’ di belakang yang bermaksud ‘Sport Crossover’. Ia mempunyai jiwa kesukanan walaupun dimensi motor kembara.
Paruh adventure bike di depan memang sudah menjadi DNA bagi mana-mana motor sebegini. Lampu utama depan dan belakang sepenuhnya LED. Casis yang tirus dan tegap menambah keyakinan kepada penunggang – terutama yang baru.
Keyakinan menunggang, menyelit dalam apa jua keadaan yang boleh terjadi di atas jalan.
Tunggang Jarak Jauh
Cukup dengan mekanikal. Apa rasanya bawa 250SX? Lenguh ke tidak? Berbaloi ke dengan harga? Baiklah.
Kami telah pandu uji sejauh 150 km di sekitar Selangor dan mendapati model ini boleh dikatakan ‘All Rounder’. Sebabnya?
Penulis sengaja memilih jalan yang mungkin dilalui oleh pemilik 250SX iaitu jalan persekutuan, lebuhraya dan bandar. Apa yang boleh diperhati, setiap permukaan jalan yang dilalui, model ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Jalan Persekutuan – Hantaran kuasa sekata
Lebuhraya – Lincah
Jalan Bandar – Jarak penglihatan luas, lebih selamat
Bermula dari barat Selangor, penulis melalui lebuhraya dengan keadaan trafik yang sederhana. Berat motor hanya 167kg – sedikit membuang dan tidak stabil ketika melintasi kenderaan besar namun tidak kritikal.
Selepas itu, penulis cuba melalui jalan bandar ketika waktu sesak. Ketinggian tempat duduk 835mm sangat membantu ketika sesak – jarak penglihatan lebih luas dan hampir sama tinggi dengan 4×4.
Seterusnya, jalan persekutuan. Transmisi enam kelajuan dengan kuasa sekitar 26 HP & 22.2 Nm tork memberi hantaran yang sekata dan tidak agresif – sesuai ketika jalan sesak atau ketika anda nak santai.
Posisi badan menegak dengan handlebar yang tinggi sangat membantu dalam mengurangkan lenguh tapi bukan getaran. Jadi pakai glove yang mesra getaran. Kaki tiada masalah, tiada isu.
Harga Suzuki V-Strom 250SX bermula dari RM17,800 dengan tiga pilihan warna Kuning, Oren dan Hitam. Boleh kunjungi pengedar sah Suzuki Malaysia untuk ketahui lebih lanjut.
Kelas motosikal sportbike pertengahan telah mengalami transformasi yang signifikan dalam beberapa tahun terakhir. Dahulunya kelas pertengahan didominasi oleh motosikal 600cc, namun kategori ini kini merangkumi pelbagai saiz enjin dan konfigurasi, menyebabkan banyak pilihan motosikal di pasaran.
Dengan model terkemuka seperti Aprilia RS 660 dan Yamaha R7, serta penambahan entri baru yang menarik seperti Suzuki GSX-8R dan Triumph Daytona 660, kelas motosikal sportbike pertengahan kini lebih meriah dan banyak pilihan. Mari kita lihat dengan lebih dekat 10 pesaing teratas untuk tahun 2024.
MV Agusta F3 800
MV Agusta F3 800 kekal sebagai model yang menonjol dengan tarikannya yang eksotik dan enjin tiga silinder 798cc berprestasi tinggi. Dengan kuasa sebesar 147bhp, ia menawarkan pengalaman menunggang premium bahkan model motosikal ini amat sukar untuk dilihat di jalan raya.
Zero SR/S
Mewakili segmen EV, ini adalah Zero SR/S. Motosikal ini mempunyai kapasiti bateri 17.3 kwh dan mempunyai jarak perjalan sehingga 300 km perjalan dalam bandar. Mempunyai 113 kuasa kuda dan 190 nm tork, motosikal ini mempunyai kelajuan maksimum sehingga 200 km/j.
KTM RC390
KTM RC390, kini sudah memasuki generasi kedua, menawarkan reka bentuk yang lebih “bold” dan ciri-ciri yang lebih menarik, motosikal ini masih mengekalkan enjin 375cc yang menghasilkan 44 kuasa kuda. Motosikal ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia sportbike kerana reka bentuknya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu berat.
Honda CBR650R
Honda CBR650R meneruskan legasi CBR600F, menyediakan gabungan keseimbangan prestasi dan reka bentuk yang cukup cantik dengan enjin empat silinder 650cc. Hadir dengan enjin 4 silinder sebaris, CBR650R dijual di pasaran dengan harga RM45, 499.
Kawasaki ZX-4R
Kawasaki menghidupkan kembali keseronokan kelas 600cc dalam pakej yang lebih kecil dengan ZX-4R. Mesin empat silinder 400cc ini dipuji kerana bunyi motosikal ini hampir menyerupai model 600cc kawasaki yang lain cuma motosikal ini mungkin tidak akan masuk ke pasaran Malaysia oleh Modenas tetapi kita sama-sama berharapa agak Modenas terus membawa ZX-6R dengan harga yang lebih menarik.
Suzuki GSX-8R
Suzuki GSX-8R baru sahaja dilancarkan, hadir enjin kembar sejajar 776cc yang menjanjikan tork yang lebih tinggi berbanding motosikal lain yang setaraf dengannya. Ia adalah pesaing kuat dalam kategori pertengahan, menawarkan gabungan prestasi dan nilai yang menarik.
Yamaha R7
Yamaha R7 mengambil alih legasi model Yamaha R6. Menawarkan pengalaman motosikal sukan yang lebih mesra dengan enjin 682cc namun hadir dengan 2 silinder tidak seperti model R6 yang hadir dengan 4 silinder. Sudah pasti reka bentuk menjadi dominasi utama peminat motosikal Yamaha yang tidak boleh dinafikan lagi.
Modenas Ninja 650
Motosikal “sport touring” ninja 650 juga menjadi pilihan peminat motosikal di luar sana. Meskipun harga model ini lebih murah berbanding Modenas ZX-25R, tetapi ianya hadir dengan 2 silinder dan mempunyai kuasa yang lebih rendah berbading ZX-25R.
Triumph Daytona 660
Triumph Daytona 660 membawa imej segar terhadap motosikal sukan pertengahan dengan enjin tiga silinder 660cc. Mempunyai 95 kuasa kuda, ia adalah motosikal entri baharu yang menarik dan lebih “rare” berbanding model triumph yang lain.
Aprilia RS 660
Senarai teratas untuk kategori pertengah sudah pasti menjadi milik Aprilia RS 660. Hadir dengan 100 kuasa kuda dan berat hanya 169kg, ia sebuah motosikal yang ringan, pengendalian lincah, dan kuasa yang cukup untuk mencabar motosikal yang lebih besar, serta harga permulaan yang mencerminkan status premiumnya.
Jadi, motosikal mana menjadi pilihan anda? Kongsikan dengan kami pandangan anda di ruangan komen dan jangan lupa layari semua platform sosial media Roda Panas untuk info dan reviu motosikal menarik khas untuk anda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Jenama yang terkenal dengan pelbagai inovasi barangan aplikasi automotif, Bosch Mobility Aftermarket Malaysia telah melancarkan Bosch LED Roving Truck Roadshow. Siri jelajah roadshow ini...