Brek tangan atau dikenali sebagai Hand Brake adalah mekanisma yang digunakan untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan tidak bergerak ketika berhenti. Namun ada beberapa perkara yang penulis ingin kongsikan dengan anda berkaitan dengan brek tangan agar komponen ini tidak mudah rosak.

 

1.Jangan Tarik Brek Tangan Terlalu Kuat

Ramai yang beranggapan sekiranya menarik brek tangan ke tahap maksimum adalah cara yang terbaik. Sebenarnya ia boleh menyebabkan masalah kepada sistem brek tangan kereta anda.

Tip Penggunaan dan Penjagaan Brek Tangan
Kredit foto : redalyc.org

Keadaan ini boleh memendekkan jangka hayat kabel brek tangan kenderaan anda kerana ketegangan logam pada kabel brek  dalam jangka masa yang lama akan mempercepatkan pereputan.

 

2.Parkir kereta pada kawasan bercerun dalam tempoh yang lama

Meletakkan kenderaan pada kawasan bercerun dan berbukit juga boleh menyumbang masalah kepada sistem brek tangan kereta anda. Hal ini disebabkan brek tangan akan menanggung beban berat yang terlalu banyak dan menjadikan pad brek tangan akan cepat haus.

Tip Penggunaan dan Penjagaan Brek Tangan
Kredit foto : i0.wp.com

Cara lebih praktikal jika anda terpaksa meletakkan kenderaan di Kawasan bercerun, cari batu bata atau objek lain untuk diletakkan di bawah tayar dan tidak perlu menarik brek tangan terlalu kuat.

 

  1. Jangan menggunakan brek tangan pada kelajuan yang tinggi

Menarik brek tangan pada kelajuan tinggi boleh mengunci salah satu roda belakang dan menyebabkan kenderaan anda tergelincir. Dalam keadaan kecemasan, cuba sedaya upaya memperlahankan kelajuan kenderaan dan baru anda boleh gunakan brek tangan apabila kelajuan kenderaan semakin perlahan.

Tip Penggunaan dan Penjagaan Brek Tangan
Kredit foto : carfromjapan.com

Selain itu, brek tangan juga mempunyai jangka hayat dan perlu diselenggara. Mungkin anda tidak pernah tahu bahawa brek tangan mempunyai pad brek yang boleh menipis selepas penggunaan yang melebihi 7 hingga 8 tahun. Penulis kongsikan antara tip-tip penjagaan brek tangan untuk kereta anda.

 

  1. Periksa keberkesanan brek tangan

Keberkesanan brek kaki anda mungkin boleh dirasai melalui momentum pijakan serta bunyi-bunyi asing yang kedengaran. Namun untuk brek tangan anda boleh mengenal pasti melalui tarikan brek tangan yang melebihi 70% daripada keseluruhan tarikan.

Selain itu, bunyi ratchet juga boleh menjadi medium untuk mengukur keberkesanan brek tangan. Kebiasaan untuk kondisi brek normal ratchet akan berbunyi sekitar 5-6 kali Sahaja, jika lebih anda boleh membawa kenderaan anda ke bengkel berhampiran untuk diperiksa.

 

  1. Uji sensitiviti brek tangan

Pandu perlahan di jalan tanpa cerun, tarik pemegang brek tangan perlahan-lahan untuk merasai sensitiviti dan titik sendi pemegang. Kaedah pemeriksaan ini akan menggunakan mekanisme brek tangan, jadi bilangan pemeriksaan tidak boleh terlalu banyak.

 

Jika prestasi brek atau sensitiviti brek tangan didapati tidak memuaskan, ia biasanya boleh diselesaikan dengan melaraskan kabel kendalian brek tangan.

 

Namun begitu terdapat juga pengeluar kenderaan sudah mula menggunakan brek tangan elektronik iaitu menggunakan butang dan tidak menggunakan tuil. Tip yang diberikan oleh penulis merujuk kepada sistem brek tangan yang masih menggunakan tuil kerana masih terdapat ramai pengguna kereta di luar sana menggunakan sistem ini.

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

 

 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI