Mercedes-Benz Malaysia Memperkenalkan “Retail of the Future” Untuk Pengalaman Membeli Kereta yang Lancar

Share

Mercedes-Benz sedang mendefinisikan semula cara membeli kereta di Malaysia dengan pengenalan model agensi “Retail of the Future” mereka. Sebagai pasaran pertama di Asia Tenggara dan negara ke-10 di seluruh dunia yang bakal mengadaptasi pendekatan inovatif ini, jenama kereta mewah ini juga bakal menyediakan pengalaman pembelian yang holistik  untuk pelanggannya.

Model agensi “Retail of the Future” bukan sahaja cara baru untuk membeli kereta, malah ia adalah era baru dalam penjualan kereta. Amanda Zhang, CEO & Presiden Mercedes-Benz Malaysia, menyatakan keghairahannya tentang pelancaran ini.

“Pendekatan baru ini menawarkan kemewahan masa sebenar kepada pelanggan kami. Sama ada mereka membeli-belah dalam talian, mengunjungi kedai secara fizikal, atau kombinasi kedua-duanya, mereka dijamin dengan harga yang terbaik dengan proses yang telus dan lancar,” ujarnya.

Britta Seeger, Member of the Board of Management of Mercedes-Benz Group AG. Marketing & Sales (Middle) accompanied by Sagree Sardien, Head of Region Overseas Mercedes-Benz AG and Amanda Zhang, CEO & President, Mercedes-Benz Cars Malaysia and SEA II, together with Mercedes-Benz management team and retail partners celebrate the official launch of the new agency model for Malaysia at IAA Mobility 2023, Munich.

Bettina Plangger, Naib Presiden Penjualan & Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, menekankan bahawa kaedah ini bersifat berpusatkan kepada pelanggan.

Dia berkongsi, “Model agensi ini direka untuk selari dengan kebiasaan membeli-belah yang berubah-ubah pelanggan kami dan dalam masa yang sama dapat memperkemas operasi untuk Retails partner kami. Akhirnya, ia akan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami.”

Retails partner Mercedes-Benz bukan sahaja penjual malah mereka adalah duta jenama. Peranan mereka kekal penting dalam sistem baharu  ini demi memastikan pelanggan menerima pengalaman mewah di setiap sudut.

Dari fasa penyelidikan awal hingga penyerahan kenderaan akhir, retail partners ini akan ada bersama pelanggan untuk membimbing dan memberi sokongan kepada pelanggan. Model “Retail of the Future” membolehkan retail partner ini untuk lebih fokus pada sokongan pelanggan, meningkatkan keseluruhan proses perjalanan pembelian.

Selepas pembelian, Mercedes-Benz memastikan pelanggan terus menikmati pelbagai perkhidmatan. Daripada penjualan kenderaan dan pilihan pembiayaan fleksibel hingga penyelenggaraan, penyedia alat ganti kenderaan, sokongan waranti dan setiap aspek pemilikan kereta telah dipertimbangkan.

Kesimpulannya, model agensi “Retail of the Future” Mercedes-Benz Malaysia adalah bukti komitmen jenama terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan. Dengan mengintegrasikan pengalaman dalam talian dan luar talian dapat meletakkan pelanggan sebagai keutamaan kepada  jenama kereta mewah ini untuk menetapkan satu standard baharu dalam industri runcit automotif.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi