Motosikal FUELL Fllow ialah cetusan idea Erik Buell dan beliau merupakan pengasas, bekas Pengerusi dan Chief Technology Officer (CTO) Syarikat Motosikal Buell yang akhirnya bergabung dengan Harley-Davidson. Buell telah mencipta beberapa motosikal yang paling inovatif dan boleh digunakan.

FUELL Fllow, Motosikal E-Komuter Sesuai Untuk Lalu Lintas Sesak

FUELL Fllow bukan sekadar motosikal elektrik, ia adalah e-komuter bandar yang merangkumi ciri  dan inovasi serta menggabungkan prestasi yang memuaskan. Bayangkan anda akan mudah bergerak melalui jalan-jalan bandar yang sesak dengan ketangkasan dan kelincahan sebuah kenderaan dua roda ini.

 

Hadir dengan bateri 10Kwj, motosikal inovatif dengan kuasa 47 kuasa kuda (terdapat pilihan 15 kuasa kuda) ini berupaya untuk dipandu di lebuhraya dan hanya mengambil masa pengecasan kurang daripada 30 minit.

FUELL Fllow, Motosikal E-Komuter Sesuai Untuk Lalu Lintas Sesak

Fllow dibina untuk disesuaikan dengan laluan ulang-alik bandar, ke pejabat, mendapatkan barangan runcit, melawat rakan-rakan merentasi bandar atau bersiar-siar di tepi pantai. Bateri 10 kWj berkapasiti tinggi membolehkan pemanduan motosikal ini  sejauh 150 batu atau lebih daripada 240 km. Ini bermakna anda hanya perlu mengecas hanya sekali seminggu!

 

Direka bentuk untuk memadankan gaya tunggangan anda dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza-beza, Fllow menawarkan dua mod tunggangan yang berbeza iaitu :

FUELL Fllow, Motosikal E-Komuter Sesuai Untuk Lalu Lintas Sesak

Urban Mode

Direka untuk menjimatkan tenaga dan menavigasi jalan bandar yang sesak. Ia dapat mengoptimumkan penghantaran kuasa dan mengutamakan kecekapan, membolehkan anda memanjangkan jarak perjalanan anda dan memanfaatkan setiap pengecasan sepenuhnya.

 

Audacious Mode

Mengeluarkan potensi penuh Fllow membolehkan anda mencapai kelajuan tertinggi dan pecutan sepantas kilat, pendek kata ini adalah model untuk individu yang minat pada kelajuan.

 

Fllow direka di Amerika Syarikat oleh Erik Buell dan pasukan FUELL, dan dibina oleh pasukan juruteknik Amerika Syarikat. Anggaran harga untuk seunit motosikal ini adalah RM48,694 dan setakat ini hanya dijual untuk pasaran Amerika Syarikat.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI