Teknologi

GoPro MAX 360 2025 Kini di Malaysia – Rakaman 360 Lebih Epik, Kini Dengan Bantuan AI!

Share

GoPro kembali menggegarkan dunia teknologi dengan pelancaran kamera GoPro MAX 360 2025 secara rasmi di Malaysia! Kamera aksi 360 darjah ini bukan sekadar gajet biasa.  Ia adalah alat serba lengkap yang membolehkan anda merakam detik-detik ekstrem dari setiap sudut dengan lebih mudah, tajam dan kreatif.

Dengan resolusi 5.6K, GoPro MAX 360 direka untuk mereka yang mahu rakaman imersif yang benar-benar memukau. Baik atas motosikal, mendaki gunung, mahupun berselam santai di tepi air (ya, ia kalis air – tapi jangan bawa menyelam dalam-dalam, ya!).

Rekaan Serba Boleh – Dua Dunia Dalam Satu Kamera

GoPro MAX 360 bukan sekadar kamera 360 biasa. Ia juga boleh berfungsi seperti kamera aksi standard. Jadi, anda dapat dua gaya rakaman dalam satu peranti. Ia dilengkapi dua lensa ultra lebar yang bekerja serentak untuk menghasilkan rakaman bulat sepenuhnya. Bentuknya kompak dan tahan lasak, sesuai dibawa ke mana-mana tanpa risau.

Apa yang best, skrin sentuh terbina menjadikan kawalan dan pratonton rakaman jadi semudah sentuhan jari. Tak perlu lagi bergantung sepenuhnya pada desktop untuk suntingan awal macam zaman dulu!

Penambahbaikan & Fungsi Canggih

Antara peningkatan utama tahun ini termasuk penggunaan bateri Enduro, yang lebih tahan dalam cuaca ekstrem. Serta, sistem pelekap baharu yang kini serasi dengan tripod standard 1/4-20 – jadi anda ada lebih banyak pilihan aksesori.

Tambahan pula, MAX 360 kini datang dengan 6 mikrofon terbina untuk rakaman audio sekeliling (ambisonic) yang lebih hidup dan imersif. Sesuai sangat kalau anda nak rakam suasana festival, konsert, atau vlog pengembaraan.

Suntingan Lebih Mudah Dengan Aplikasi Quik Baharu

GoPro juga tak ketinggalan memudahkan kerja suntingan dengan kemas kini besar pada aplikasi Quik, yang kini menyokong:

  • AI Object Tracking – pilih subjek anda, dan AI akan pastikan subjek tu sentiasa dalam fokus sepanjang video!
  • Reframe dan Keyframing – ubah perspektif rakaman 360 anda kepada video biasa dengan gaya profesional.
  • CameraFX – tambah efek gerakan kamera sinematik macam barrel roll dan backflip hanya dengan satu tap.
  • Frame Grab – tangkap gambar dari video dengan lebih mudah.
  • Suntingan klip tunggal – tambah filter, laras warna atau ubah audio dengan pantas.

    The 5.6K spherical MAX camera now comes with a longer-lasting MAX Enduro Battery and an upgraded mounting system, making it compatible with all standard ¼-20 tripod mounts.

Sokongan Perisian Profesional

Bagi pengguna desktop, GoPro turut menyediakan plugin khas untuk Adobe Premiere Pro dan After Effects. Anda boleh ubah sudut pandang, tahap horizon, efek kabur gerakan dan banyak lagi untuk hasil suntingan yang lebih sinematik.

Harga & Tawaran Menarik

GoPro MAX 360 akan dijual pada harga RM1799, dan bagi yang berminat dengan Hero 13 dalam edisi Polar White, ia akan dijual pada harga RM1999. Untuk 50 pembeli terawal, anda akan menerima hadiah eksklusif – Pole 4 kaki untuk MAX 360, dan Magnetic Mount untuk Hero 13.

Kamera ini kini boleh didapati di peruncit rasmi seperti Flash Gadgets, RAPTORSPRO, TMT, ALL IT, dan N4CameraStore, serta di kedai rasmi GoPro di Shopee.

Seperti yang dikatakan oleh pengasas dan CEO GoPro, Nicholas Woodman:

“MAX tak pernah terlepas shot terbaik – dan sekarang dengan bantuan AI serta pengalaman suntingan yang dipermudahkan, hasil kreatif anda akan lebih gempak dari sebelumnya!”

Jadi, kalau anda jenis yang suka rakam aksi gila, buat content adventure atau hanya mahu kualiti rakaman 360 terbaik dengan editing semudah ABC – GoPro MAX 360 ini memang wajib masuk wishlist anda.

The 5.6K spherical MAX camera now comes with a longer-lasting MAX Enduro Battery and an upgraded mounting system, making it compatible with all standard ¼-20 tripod mounts.

Dari GoPro Malaysia Singapore

Baca Juga JPJ Bakal Guna Kamera Badan – Tingkatkan Ketelusan Penguatkuasaan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan