Jenama supercar ikonik dari Itali, Automobili Lamborghini, telah berkolaborasi dengan jenama nurseri terkenal dari Britain, Silver Cross. Terkenal sebagai pencipta kereta sorong bayi pertama sejak tahun 1877.
Hasilnya? Sebuah stroller edisi terhad yang diberi nama Reef AL Arancio. Hanya 500 unit dikeluarkan di seluruh dunia, dengan harga sekitar RM24,600 setiap satu! Mungkin ini cara paling mewah untuk memulakan kehidupan si kecil anda, dan dalam masa yang sama, cara paling ‘murah’ untuk anda bergelar pemilik Lamborghini.
Reef AL Arancio bukan sekadar stroller biasa. Ia direka sebagai kereta kebal semua medan untuk memastikan keselesaan bayi dalam apa jua situasi. Dengan sistem suspensi penuh, stroller ini menawarkan perjalanan yang lancar walaupun di atas permukaan yang mencabar.
Pedal brek yang kelihatan seperti diambil terus daripada supercar. Pemegang berinspirasikan stereng Lamborghini, akan membuatkan anda berasa seperti memandu Aventador walaupun hanya menolak stroller bayi.
Kemewahan stroller ini juga terserlah melalui penggunaan suede berprestasi tinggi dan aksen kulit Itali berkualiti premium. Warna oren khas Automobili Lamborghini menyerlah di atas fabrik hitam yang elegan, memberi aura sporty dan eksklusif.
Lamborghini tidak main-main dengan stroller ini. Setiap pembelian Reef AL Arancio dilengkapi dengan pelbagai aksesori untuk keselesaan bayi, termasuk:
– Carrycot (katil bayi mudah alih)
– Tempat duduk pushchair
– Footmuff (sarung kaki bayi)
– Adaptor kerusi kereta universal
– Sail matahari
– Jaring nyamuk
– Dua penutup hujan
Dengan semua kelengkapan ini, stroller ini bukan sahaja bergaya tetapi juga praktikal.
Kalau anda betul-betul mahukan stroller Lamborghini ini, anda boleh mendapatkannya secara eksklusif di Harrods, UK, atau melalui pembelian dalam talian.
Dari HypeBeast
Baca Juga Lamborghini Egoista – Supercar Paling “Selfish” & Termahal Akhirnya Terjual
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.