Berita

Zeekr 001 FR, Supercar Elektrik Serba Baharu

Share

Pada 1 September 2023, Zeekr telah mempamerkan model baharu mereka, iaitu Zeekr 001 FR. Kereta berprestasi pacuan empat roda ini mempunyai empat motor elektrik dan memiliki kuasa sebanyak 12247 kuasa kuda, dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 280 km/j. Nama “FR” (Future Road) melambangkan visi perJalanan Masa Depan.

Kredit Foto : Website cnevpost

Pecutan 001 FR benar-benar menakjubkan. Kelajuan kereta ini untuk mencapai 100 km/j hanya mengambil masa 2.07 saat, dan merupakan persaingan sengit dalam industri kereta elektrik.

Salah satu ciri menonjolnya adalah kemampuannya untuk melakukan tank turn, manuver yang biasanya dilihat pada kereta kebal dan beberapa SUV terpilih seperti Rivian R1T . Kemampuan tank tu

rn ini disebabkan oleh kemampuan empat motor elektrik berasingan, yang boleh menghasilkan tork  sebanyak 10,000 Nm semasa berpusing.
Kredit Foto : Website cnevpost

Pengagihan kuasa kenderaan adalah unik. Bahagian depan dikuasakan oleh dua motor 155 kW, manakala bahagian belakang dikuasakan oleh dua motor 310 kW. Penyusunan ini selaras dengan ciri-ciri sebuah supercar sebenar. Selain itu, motor belakang menggabungkan elemen Carbon Fibre untuk melapisi rotor dan mencapai ketumpatan kuasa 4.4W/kg.

Kredit Foto : Website cnevpost

Dari segi estetika, 001 FR adalah unik. Ia dilengkapi dengan kit aerodinamik carbon fibre, membolehkannya menahan daya sisi hingga 1.4G. Bagi mereka yang mencari prestasi tahap litar, kereta ini mempunyai sistem brek dari AP Racing dan Brembo, digabungkan dengan roda perlumbaan 22″ GTR2 daripada Giti Motorsport.

Kredit Foto : Website cnevpost

Di bawah hud kereta, 001 FR beroperasi pada platform 800V, dikuasakan oleh bateri Qilin 100 kWh dari CATL. Ini bagi memastikan pengecasan pantas, dengan kemampuan untuk mengecas dari 10% hingga 80% dalam masa 15 minit sahaja.

Kredit Foto : Website cnevpost

Kenderaan ini juga mempamerkan teknologi komunikasi satelit, ciri yang diterajui oleh Geely Group (syarikat induk Zeekr). Di dalam bahagian kokpit, pemandu akan disajikan dengan skrin kawalan 15.4″ dan panel instrumen 8.8″ dan semuanya dikuasakan oleh Zeekr OS 5.0 yang terbaru.

 

Zeekr tidak berhenti di situ dalam inovasi. Mereka memperkenalkan NZP (Navigation Zeekr Pilot), perisian bantuan pemandu yang dikhaskan untuk memandu di lebuh raya. Sistem ini, berdasarkan SuperVision Mobileye dan telah diuji dengan meluas meliputi lebih daripada 1.58 juta kilometer secara keseluruhan.

Kredit Foto : Website carnewschina

Dari segi infrastruktur, Zeekr akan melancarkan pengecas pantas 800 kW, V3, dengan pengeluaran besar-besaran bermula pada suku terakhir tahun ini. Pada tahun 2024, mereka merancang untuk memperkenalkan 1000 stesen pengecasan pantas di seluruh China.

Kredit Foto : Website carnewschina

Tempahan untuk model 001 FR bermula baru-baru ini hanya mengambil masa  15 saat untuk mendapatkan 99 tempahan. Penghantaran dijangka bermula pada Oktober, dengan pelepasan terhad sebanyak 99 unit setiap bulan. Harga, walaupun belum didedahkan, dianggarkan melebihi 1 juta yuan (RM652,000).

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.