Sejak sekian lama jenama asal Jepun, Yamaha sudah lama terkenal sebagai di antara peneraju utama dalam menghasilkan reka bentuk dan teknologi motosikal terunggul. Terbaru, Yamaha telah menyemarakkan dan menyalakan semula semangat peminat motosikal GP dengan melancarkan Yamaha XSR900 GP 2024 pada 24 Oktober 2023.

Tercipta hasil inspirasi daripada motosikal warisan sukan mereka, Yamaha memilih XSR900 GP untuk mengembalikan elemen reka bentuk yang berasal dari perlumbaan yang cukup ikonik sekitar era 1980-an dan 90-an.

Era tersebut merupakan tempoh di mana perlumbaan motosikal berada pada kemuncak populariti dan Yamaha menghasilkan motosikal ini bertujuan untuk menawarkan gabungan daripada zaman kegemilangan tersebut dengan kemajuan mesin moden.

Kredit Foto : Website bikeexif

Yamaha XSR900 GP 2024 hadir dengan enjin tiga silinder 890cc Team Blue yang dilengkapi dengan penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan sekitar 117.3 kuasa kuda dan 68.6 pound-kaki tork dengan enjin disokong oleh kotak gear enam kelajuan dilengkapi dengan quickshifter generasi ketiga Yamaha serta klac assist dan slipper.

Buat mereka yang gemar menunggang dengan selesa, cruise control disediakan sebagai piawaian.

IKLAN

Bingkai Deltabox Yamaha daripada banyak model terdahulu telah diberi sentuhan yang lebih teguh dalam XSR900 GP 2024, memastikan daya tarikan estetika dan prestasi. Keselesaan menunggang dijamin dengan suspensi KYB yang boleh dilaraskan sepenuhnya di bahagian depan dan belakang.

Kredit Foto : Website bikeexif

Dengan sistem brek yang responsif, ia memiliki  kaliper berkembar dengan cakera 298mm di bahagian depan dan satu kaliper dengan cakera 245mm di belakang. Roda aluminium 17 inci yang dilengkapi dengan tayar Bridgestone Battlax Hypersport S23 menambah gaya pada motosikal ini.

Reka bentuk motosikal yang diinspirasikan daripada pemenang Grand Prix YZR pastinya menjadi tarikan utama. Fairing depan, reka bentuk tempat duduk, dan paling menarik adalah reka bentuk bahagian belakang yang sama seperti motosikal moto GP. Yamaha juga telah menawarkan posisi menunggang yang agresif, seperti yang dapat dilihat pada riser handle dan peg kaki yang boleh dilaraskan.

IKLAN
Kredit Foto : Website bikeexif

XSR900 GP dilengkapi dengan paparan TFT baru lima inci dengan penyambungan ke telefon pintar. Bantuan keselamatan dan prestasi disokong oleh IMU (Inertial Measurement Unit)  enam paksi dan termasuk kawalan traksi, ABS, kawalan gelincir, kawalan wheelie, dan banyak lagi. Pemandu juga boleh bertukar di antara tiga mod menunggang yang telah ditetapkan iaitu sport, road, dan rain atau menetapkan mod sendiri.

Untuk pasaran Eropah dan UK, model Yamaha XSR900 GP 2024 telah tersedia manakala di kawasan lain masih menjadi spekulasi. Berkenaan dengan harga, Yamaha masih belum memaklumkan harga yang ditawarkan.

IKLAN

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI