Berita

Yamaha Tenere 700 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Hujung Tahun Ini Pada Harga RM69,988

Share

Satu acara previu khas Yamaha Tenere 700 untuk pasaran Malaysia telah berlangsung beberapa hari lalu dimana ia mengumumkan harga tawaran bermula dari RM69,988.

Majlis previu model tersebut berlangsung di Karnival Yamaha GEN BLU yang terletak di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Difahamkan tempahan untuk Tenere 700 telah dibuka dan pasaran Malaysia akan menerima model ini sebagai unit pemasangan tempatan atau Complete Knocked Down (CKD) unit. Mereka yang tersenarai selepas membuat tempahan akan terima model ini seawal hujung tahun ini.

Kredit Foto: Paultan.org

Penjualan Tenere 700 dikendalikan oleh pengedar sah iaitu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Mengikut perbandingan dengan negara ASEAN yang lain, Thailand dan Filipina menawarkan harga Tenere jauh lebih murah iaitu dari RM58,394 dan RM51,912.

Dari segi prestasi, Tenere 700 menggunakan enjin Yamaha Crossplane 2 sejukan cecair kembar selari yang berkuasa 689cc dan menghasilkan 72.4 HP pada 9,000 rpm dan daya kilas 68 Nm @ 6,500 rpm.

Kredit Foto: Paultan.org

LEBIH TINGGI LEBIH TEGAP

Manakala paparan skrinnya pula menggunakan skrin TFT-LCD bersama set lengkap alat bantuan menunggang yang berorientasikan penggunaan jalan off-road

, termasuk ABS boleh laras. Saiz roda juga lebih kepada tunggangan off-road dengan rim 21 inci dan tayar 90/90 untuk bahagian depan serta tayar 150/70 pada roda 18 inci di belakang.

Tenere 700 juga lengkap dengan suspensi panjang berdiameter 43 mm dengan ukuran 210 mm di hadapan dan 200 mm di belakang. Lebih tinggi dan tegap ketika mengharungi permukaan jalan tidak rata.

Buat anda yang ingin mencari model lebih santai di jalan raya tanpa ciri off-road yang berat, Yamaha Tracer 9 GT boleh menjadi jawapan terbaik.

Kredit Foto: Advrider.com

Sebuah model touring yang selesa dengan julat harga lebih kurang dengan Tenere 700.

Tenere 700 mempunyai berat 205 kg dan mampu menampung minyak sebanyak 16 liter dengan jarak perjalanan sejauh 350 km. Manakala, ketinggian tempat duduk penunggang adalah sebanyak 880 mm dari tanah.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan