Berita

Pengenalan Yamaha R1 GYTR PRO Sempena Ulang Tahun Ke-25 R1

Share

Sebut sahaja Yamaha R1 pasti ramai akan berasa teruja. Yamaha YZF-R1 pertama kali dilancarkan pada tahun 1998 dan ketika itu warna biru menjadi kegemaran penduduk di Eropah bahkan sehingga kini warna biru menjadi warna rasmi untuk kebanyakan motosikal Yamaha. Model yang terkenal dengan sistem crossplane yang menjadi kegilaan ramai orang ini terus dihasilkan dan terbaharu adalah pengenalan model R1 GYTR PRO 25th

Annivesary 2023.

 

Motosikal edisi terhad ini hanya dihasilkan 25 unit sahaja dan ia adalah motosikal yang dibina secara buatan tangan oleh rangkaian GYTR Pro Shop di Eropah. Motosikal ini menggunakan spesifikasi yang sama seperti sebuah jentera lumba dalam saingan WorldSBK dan FIM Endurance World Championship. Apa yang pasti, pemilik motosikal ini bakal merasai suasana perlumbaan sebenar seperti menunggang motosikal WSBK.

Anggaran harga untuk motosikal ini adalah RM804,030 dan hampir dengan harga sebuah Ducati Panigale V4 Superleggera yang berharga RM888,000. Antara komponen yang disertakan di dalam motosikal ini adalah:

 

1.Subframe Karbon

2.Kawalan Elektronik (ECU) Magneti Marelli

3.Sistem Suspensi hadapan Ohlins FGR & Sistem Suspensi belakang TTX

4.Swingarm yang lebih rendah menyerupai spesifikasi WSBK

5.Brek hadapan dan belakang daripada jenama Brembo

6.Fairing penuh daripada bahan Carbon Fibre

7.Sistem Elektronik GYTR PRO (GPES) yang mempunyai ciri-ciri anti-wheelie, kawalan luncur, pengurusan brek enjin(EBM), penyelaran bahan api dan kawalan traksi (Traction Control)

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi