Menjadi negara pertama selain Jerman yang memasang model ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan Golf R yang dibina menerusi kilang yang terletak di Pekan, Pahang. Anggaran harga yang ditawarkan bermula RM330,000 hingga RM350,000.

Volkswagen Golf R Dinaik Taraf, Kini Sedia Untuk Tempahan
Kredit Foto: gearjunkie.com

Varian Golf R terbahagi kepada dua iaitu “R-Rated” dan “R Performance Package”. Keduanya datang dengan standard ekzos titanium Akrapovic dengan 7-kilogram lebih ringan berbanding model sebelum ini, mod “Drift” dan “Special”, spoiler baharu serta rim aloi Estoril bersaiz 19 inci.

 

Volkswagen Golf R Dinaik Taraf, Kini Sedia Untuk Tempahan
Kredit Foto: douglasvw.com

Pemandu boleh mengaktifkan mod “Drift” atau “Special” dengan menekan butang “R” yang terletak pada stereng. Jadi apa perbezaan kedua mod ini?

Bagi mod “Drift”, sistem Electronic Stability Control (ESC) akan dinyahaktifkan dan kuasa tork akan disalurkan secara seimbang kepada roda belakang. Ini akan membuatkan kereta sesuai untuk melakukan aksi ‘drifting’ sekaligus memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.

Ads
Volkswagen Golf R Dinaik Taraf, Kini Sedia Untuk Tempahan
Kredit Foto: wallacevolkswagenofstuart.com

Mod “Special” ialah mod terbaik untuk pemanduan di atas jalan luar bandar yang tidak rata kerana suspensi akan ditala bagi memberi sentuhan optimum dengan permukaan jalan. Selain itu, mod ini juga direka khas untuk pemanduan khusus litar Nurburgring-Nordschleife, Jerman.

Ciri-ciri tambahan lain ialah Heads-Up Display (HUD) yang dipancarkan di cermin utama, pengecasan tanpa wayar telefon pintar dan bantuan lampu tinggi automatik.

Ads
Volkswagen Golf R Dinaik Taraf, Kini Sedia Untuk Tempahan
Kredit Foto: cnet.com

Untuk prestasi, Golf R dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang mampu menghasilkan 320PS dan tork 400Nm. Menggunakan kotak gear klac berkembar (DSG) penukaran gear menjadi sangat pantas dan lebih lincah dengan pecutan dari 0 ke 100km/j hanya 4.8 saat.

Dari segi keselamatan, Golf R baharu disokong oleh teknologi IQ.DRIVE yang terdiri daripada rangkaian ciri seperti Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC) Side & Front Assist serta Lane & Emergency Assist.

Ads
Volkswagen Golf R Dinaik Taraf, Kini Sedia Untuk Tempahan
Kredit Foto: drive.com.au

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, “Dengan pelbagai penambahbaikan baharu, kami melihat hatchback berprestasi tinggi ini sebagai jentera pemanduan terunggul di atas jalan raya dan litar lumba,”.

Golf R baharu didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru signatur (Lapiz Blue), hitam (Deep Black) dan putih (Pure White). Tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Layari www.volkswagen.com.my untuk maklumat lanjut.

Volkswagen Golf R Dinaik Taraf, Kini Sedia Untuk Tempahan
Kredit Foto: cnet.com

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI