Mengimbau kembali pada bulan September 2021 yang lalu, Hennessey mengumumkan kemunculan Venom 775 yang merupakan varian dari Ford F-150 yang menggemparkan dengan kuasa lebih daripada 770 bhp.
Pada mulanya, Hennessey mengatakan pengeluaran Venom 775 kepada hanya 100 unit, dan berita mengenai ini telah dilaporkan oleh Careta. Namun, Hennessey baru-baru ini mengumumkan bahawa Venom 775 F-150 akan kembali dalam jumlah yang lebih besar, iaitu 250 unit, memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk memiliki pikap yang luar biasa ini.
Model Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan sekitar 400 kuasa kuda dan daya kilas sebanyak 556Nm. Namun, dalam penghasilan Venom 775, enjin ini telah diberi pengecas supercharger 3.0 liter untuk meningkatkan prestasi dengan meningkatkan tekanan udara yang disedut.
Untuk menjaga suhu enjin, pikap ini juga telah dipasang dengan sistem pendingin intercooler yang menjadikan ia lebih efisien dalam mengendalikan suhu.
Selain dari itu, sistem pemacu bahan api dan sistem penyedut udara telah dinaik taraf, memberikan prestasi yang lebih unggul.
Sistem ekzos cat-back yang diperbuat daripada besi tahan karat telah dipasang untuk mengurangkan tekanan yang berlebihan dan juga memberikan bunyi yang lebih masyhur kepada Venom 775.
Namun, tidak terbatas kepada itu saja, naik taraf mekanikal juga telah dilakukan pada prestasi enjin Hennessey, menjadikan kuasa yang luar biasa dengan 775 bhp dan daya kilas sebanyak 929Nm. Dalam ujian pecutan dari 0-60 batu sejam (97 km/j), Venom 775 hanya mengambil masa sekitar 3.6 saat.
Untuk menampakkannya lebih garang, pikap ini ditinggikan dengan kit peninggi badan enam inci dan dilengkapi dengan rim 20 inci keluaran Hennessey, disertai dengan tayar berukuran 35 inci.
Selain daripada itu, perbezaan yang ketara antara model 2021 dan 2023 adalah angkup brek Brembo yang berwarna merah yang menggambarkan kemampuan prestasi Venom 775. Selain itu, jeriji depan kini mempunyai rekaan yang lebih minimalis tanpa hiasan krom perak yang memberikan penampilan yang lebih tegas.
Di bahagian sisi pikap, pemijak berkuasa AMP dipasang untuk memudahkan pemandu dan penumpang untuk masuk dan keluar dengan lebih senang.
Satu lagi ciri unik pada model 2023 adalah logo depan yang bercahaya serta pendakap dapra (fender) yang menambahkan sentuhan istimewa kepada reka bentuknya.
Apa yang menarik, Venom 775 tidak terhad kepada pelanggan di Amerika Syarikat sahaja, tetapi boleh dihantar ke pelanggan antarabangsa.
Harga bermula dari AS$ 59,950 (RM286,848), tetapi perlu diingatkan bahawa harga ini tidak termasuk kos pikap F-150 asasnya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.