Berita

Vanguard Roadster Tinggalkan Legasi Sejarah Permotoran Unggul

Share

Diperkenalkan pada Disember 2016, Vanguard Roadster pernah menjadi fenomena di International New York Motorcycle Show (IMS).

Semasa acara tersebut, di ruang Progressive International Motorcycle, beberapa pengeluar memperlihatkan visi masa hadapan mereka dalam dunia pemotoran.

Vanguard yang hadir sebagai sebuah syarikat permulaan pada ketika itu mengambil peluang memperkenalkan prototaip ini, yang kini dalam lelongan di Santa Monica.

Kredit Foto : Website soymotero.net

Reka bentuk Vanguard Roadster dianggap sebagai satu fenomena pada tahun 2016. Ia gara-gara kehebatannya yang dilengkapi enjin V-twin (X-Wedge) yang direka oleh pakar S&S dan juga berfungsi sebagai sebahagian daripada rangka motosikal tersebut.

Walaupun ia merupakan model prototaip namun motosikal ini menggunakan komponen yang berkualiti tinggi seperti suspensi Öhlins dan juga brek daripada jenama Brembo.

Edward Jacobs and Francois-Xavier Terny and the Vanguard Roadster. Kredit foto : Website ride-ct.com

Individu di sebalik reka bentuk futuristik ini ialah Ed Jacobs dan Francois-Xavier Terny. Jacobs pernah menjadi pereka utama untuk Confederate Motorcycles, manakala Terny  menjadi CEO dan pengasas bersama Fuell, sebuah syarikat yang menghasilkan basikal dan motosikal elektrik.

Malangnya, Vanguard diisytiharkan bankrap pada tahun 2017 dan hanya meninggalkan Roadster sebagai satu-satunya ‘harta’ peninggalan yang ada.

Kredit Foto : Website soymotero.net

Selepas tiga tahun membangunkan motosikal tersebut, Vanguard Roadster merupakan prototaip yang mampu berfungsi sepenuhnya. Kini motosikal tersebut menjadi sebuah koleksi untuk pengumpul motosikal daripada serata dunia.

Pada tahun 2018, harganya pernah mencecah sehingga RM 140,000 dan sekarang harganya diyakini lebih mahal daripada nilai asalnya . Pada Mei 2023 motosikal hebat ini telah dibuka untuk lelongan tetapi sehingga kini penulis masih belum mendapat informasi siapa pemilik baru motosikal ini.

Walaupun perjalanan Vanguard Roadster ini singkat, tetapi warisannya kekal sehingga kini.

Dan kini ia mempunyai peluang untuk bersinar sekali lagi dan hanya menunggu pemilik baru yang menghargai sejarah dan reka bentuknya.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi