
TVS Motor Company telah memperkenalkan TVS Racing Electric One Make Championship (e-OMC), sebagai penanda aras permulaan pertandingan perlumbaan motosikal elektrik pertama di India.
Inisiatif ini mendorong TVS berada di barisan hadapan di kalangan pengeluar motosikal di India. Syarikat ini juga telah membina motosikal Apache RTE khusus untuk kejuaraan baharu yang sangat mengujakan ini.
Perlumbaan TVS Racing Electric One Make Championship dijangka bermula semasa pusingan ke-4 Kejuaraan Perlumbaan Motosikal Jalan Raya Kebangsaan India (INMRC). Pada pusingan permulaan ini, lapan pelumba yang dipilih dengan teliti akan mengendalikan motosikal lumba TVS Apache RTE yang direka khas untuk acara ini.
TVS memiliki harapan yang tinggi untuk Apache RTE, membayangkannya sebagai permulaan dalam menetapkan penanda aras baharu untuk perlumbaan motosikal elektrik di India. Motosikal ini dipuji kerana memiliki power-to-weight ratio dalam kelasnya dan dilengkapi dengan motor berpendingin cecair bersama pengawal motor berpendingin cecair yang cekap.
Mereka turut melabur untuk menghasilkan sel bateri berkuasa tinggi canggih dengan cutting-edge chemistry yang terkini dan semua diselaputi dalam carbon fiber battery case yang kukuh. Tempat penyimpanan bateri ini bukan sahaja menempatkan bateri tetapi juga berfungsi sebagai komponen chasis motorsikal tersebut. Selain itu, Sistem Pengurusan Bateri (BMS) telah direka khas dengan algoritma perlumbaan khusus untuk memastikan prestasi optimum di litar.
Menurut laporan oleh HT Auto, sistem suspensi motosikal ini menggunakan suspensi daripada jenama Ohlins di bahagian depan dan belakang. Sistem brek pula menggunakan cakera 320 mm di bahagian depan dan cakera yang sepadan di bahagian belakang, dengan kaliper yang digunakan daripada jenama Brembo.
TVS telah memilih tayar Super Corsa daripada Pirelli untuk memastikan cengkaman yang unggul di litar. Fairing, yang dibina daripada Carbon Fibre ringan, bertujuan untuk mencapai the best-in-class lowest coefficient dalam perlumbaan, dengan itu meningkatkan aerodinamik motosikal.
Menurut Pengarah Urusan TVS Motor Company, Sudarshan Venu, “TVS Motor telah menjadi pelopor dalam perlumbaan sejak permulaan pasukan India’s first factory racing team. TVS Racing telah memainkan peranan penting dalam menjadikan sukan bermotor sebagai satu aspirasi yang mudah diakses oleh peminat di seluruh negara. Pelbagai teknologi yang dipelopori pada mesin perlumbaan kami telah diaplikasi ke kenderaan produksi kami, mewujudkan filosofi ‘track to road’ kami.”
“Selaras dengan visi kami untuk menawarkan penyelesaian mobiliti yang menarik dan mampan, kami sangat gembira untuk mengumumkan pelancaran perlumbaan dua roda EV pertama India. TVS Racing e-OMC tidak hanya bersedia untuk menetapkan standard baru dalam segmen perlumbaan tetapi juga untuk menunjukkan potensi besar kenderaan elektrik dalam menyampaikan pengalaman perlumbaan yang tinggi dan mendebarkan untuk penonton global saksikan,” tambahnya lagi.
Dengan TVS Racing e-OMC, TVS Motor Company telah menghidupkan semula adegan sukan bermotor India, mengumumkan era baru perlumbaan elektrik yang bukan sahaja mampan tetapi juga penuh dengan adrenalin.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.