Toyota GR Corolla merupakan antara model yang direka untuk pemanduan yang mengujakan sama ada di litar atau di jalan raya. Meskipun banyak pengeluar lain yang lebih fokus menghasilkan kereta elektrik, Toyota sentiasa menawarkan sesuatu yang baharu kepada peminat mereka.
Kredit Foto: news.com.au
Kali ini, jurutera Gazoo Racing telah menambah baik model GR Corolla dimana mereka lebih memberikan perhatian kepada aspek pemanduan. Antara perkara yang berubah adalah penggunaan bolt pengetat di bahagian gantungan hadapan dan pada kotak gear stereng.
Kredit Foto: careta.my
Manakala untuk bahagian belakang, sistem suspensi telah ditukarkan saiz kepala bolt kepada yang lebih besar sebanyak 2mm menjadikan saiz baharu kepada 24mm.
Ads
Kredit Foto: careta.my
Menurut Toyota, penambahbaikan tersebut menjadikan casis lebih tegap, serta tindak balas stereng menjadi lebih pantas dan stabil ketika memandu. Malah, dari segi kestabilan juga mereka turut melebarkan bukaan liang bampar hadapan untuk melancarkan aliran udara, dalam masa sama mengurangkan daya seretan sewaktu pemanduan kelajuan tinggi.
Kredit Foto: careta.my
Kepada yang ingin membeli GR Corolla, anda perlu ada tuah yang banyak kerana Toyota akan memilih para pembelinya menerusi cabutan undi loteri yang akan diadakan pada September nanti untuk pasaran Jepun.
Ads
Kredit Foto: news.com.au
GR Corolla edisi terhad ini hanya dihasilkan sebanyak 550 unit sahaja dengan warna yang tersedia adalah warna cyan metallic dan warna gabungan hitam dan biru yang mana kombinasi warna ini hanya boleh dibeli oleh 50 orang yang bertuah sahaja.
Kredit Foto: news.com.au
Tempahan untuk membeli GR Corolla edisi terhad akan dibuka bermula semalam 23 Ogos hingga 11 September 2023 dengan nilai jualan bermula 5.25 juta yen atau RM168,091.
Ads
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. mengumumkan kemasukan skema warna baharu bagi model Honda CRF250 Rally, iaitu Extreme Red.
Warna ini digarap bersama grafik gaya rali yang menghiasi di bahagian sisi badan, manakala kombinasi pelbagai tona pada fairing memberikan imej lebih menonjol.
Tempat duduk biru gelap turut melengkapkan gaya agresif, menjadikan model ini tampak benar-benar seperti jentera rali sebenar.
Dengan perubahan ini, CRF250 Rally kini bukan sahaja sebuah motosikal adventure ringan, tetapi juga mencerminkan DNA motosikal rali.
Lampu depan LED dwi-lensa asimetrikal dan skrin angin “floating” kekal menjadi ciri ikonik, namun dengan tambahan warna baharu, keseluruhan imejnya lebih segar dan sporty.
Harga jualan disyorkan (RRP): RM28,599
Tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran
Mula tersedia di rangkaian Honda BigWing, Honda Impian X dan pengedar sah seluruh negara sekitar hujung Ogos ini
Walaupun tarikan utama kali ini adalah perubahan kosmetik, Honda masih mengekalkan pakej mekanikal CRF250 Rally yang dipercayai ramai:
Enjin 250cc DOHC sejukan cecair
Kuasa 18.3 kW @ 9,000 rpm dan tork 21.9 Nm @ 6,500 rpm
Fork terbalik SHOWA dengan talaan baharu
Tangki besar 12.8 liter untuk perjalanan jauh
Seperti model Honda lain, CRF250 Rally turut didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000 km.
Kia meneruskan momentum agresif dalam peralihan ke arah elektrifikasi apabila memperkenalkan Kia EV2, sebuah SUV elektrik paling kompak dalam barisan EV mereka setakat ini.
Model ini didedahkan sebagai kenderaan produksi dan bakal menjadi pintu masuk baharu Kia ke dalam segmen SUV elektrik mampu milik, khususnya untuk kegunaan bandar dan keluarga kecil.
Walaupun dimensinya lebih kecil berbanding beberapa pesaing utama, Kia EV2 hadir dengan satu kelebihan besar iaitu jarak gerak sehingga 448 km mengikut kitaran WLTP, menjadikannya antara EV kompak paling efisien dalam kelasnya.
Dari segi kedudukan, Kia EV2 diletakkan di bawah EV3 dan EV5, sekaligus menjadi SUV elektrik paling kecil yang pernah ditawarkan oleh Kia.
Ia direka untuk pasaran yang memerlukan kenderaan elektrik praktikal, mudah dipandu di kawasan bandar tetapi masih menawarkan imej SUV.
Saiz yang lebih kecil ini juga menjadikan Kia EV2 lebih mesra parkir dan sesuai untuk pengguna yang mahu beralih daripada kereta petrol segmen B atau C kepada EV tanpa rasa terlalu besar atau kompleks.
Bahasa rekaan Kia EV2 jelas selari dengan identiti terkini Kia yang menekankan gaya futuristik dan ringkas. Bahagian hadapan menampilkan lampu utama LED menegak bersama DRL nipis, digabungkan dengan gril tertutup sepenuhnya yang sinonim dengan kenderaan elektrik.
Garis badan sisi pula kelihatan bersih dengan overhang pendek, membantu menonjolkan karakter urban SUV ini. Walaupun kompak, EV2 masih kelihatan tegap hasil penggunaan cladding hitam di bahagian bawah serta rekaan rim aerodinamik yang turut membantu meningkatkan kecekapan tenaga.
Di bahagian belakang, lampu menegak mengekalkan identiti visual EV Kia, memberi rupa moden dan mudah dikenali walaupun dari jauh.
Walaupun gambar dalaman belum didedahkan sepenuhnya, Kia mengesahkan EV2 akan menggunakan pendekatan kabin minimalis dengan fokus kepada praktikaliti.
Susun atur dalaman dijangka menampilkan paparan digital sepenuhnya, termasuk kluster meter dan skrin infotainment bersaiz besar.
Reka bentuk ini bukan sahaja membantu mengurangkan kekusutan visual, malah meningkatkan pengalaman pengguna melalui kawalan yang lebih intuitif.
Dengan lantai rata hasil platform EV khusus, ruang kabin Kia EV2 dijangka lebih luas berbanding jangkaan berdasarkan saiz luaran.
Ia menjadikan SUV elektrik kompak ini sesuai sebagai kenderaan harian untuk pengguna bandar yang memerlukan ruang mencukupi tanpa mengorbankan keselesaan.
Perkara paling menarik tentang Kia EV2 ialah keupayaan jarak geraknya. Dengan jarak sehingga 448 km WLTP, model ini menawarkan angka yang agak mengagumkan untuk sebuah SUV elektrik kompak.
Ini memberi kelebihan besar kepada pengguna yang masih risau tentang jarak perjalanan EV, terutamanya bagi mereka yang kerap memandu jarak sederhana atau melakukan perjalanan antara bandar.
Dengan jarak ini, Kia EV2 mampu memenuhi keperluan harian tanpa perlu pengecasan terlalu kerap.
Walaupun spesifikasi penuh motor dan kapasiti bateri belum diumumkan, EV2 dijangka menggunakan konfigurasi pacuan roda hadapan dengan talaan yang lebih memfokuskan kecekapan dan keselesaan berbanding prestasi semata-mata.
Kia EV2 dibangunkan menggunakan platform EV khusus Kia, sama seperti model EV lain dalam rangkaian mereka. Platform ini membolehkan susun atur bateri yang lebih nipis, pusat graviti rendah serta pengagihan berat yang lebih seimbang.
Selain meningkatkan keselesaan pemanduan, platform ini juga menyokong pengecasan pantas DC, membolehkan EV2 dicas dalam tempoh yang lebih singkat berbanding EV generasi lama.
Kia EV2 dijangka menyasarkan pasaran Eropah sebagai keutamaan, dengan fokus kepada pembeli yang mahukan EV pertama mereka. Ia akan bersaing secara langsung dengan model seperti BYD Atto 2, Volkswagen ID.2 dan beberapa SUV elektrik kompak dari jenama China.
Walaupun tiada pengesahan mengenai kemasukan ke pasaran Malaysia, EV2 dilihat berpotensi besar sekiranya ditawarkan pada harga kompetitif.
Saiz kompak, jarak gerak tinggi dan imej SUV menjadikannya sesuai dengan keperluan pemandu tempatan, khususnya di kawasan bandar.
Kia EV2 membuktikan bahawa kenderaan elektrik bersaiz kecil tidak perlu berkompromi dari segi jarak gerak dan praktikaliti. Dengan rekaan moden, platform EV khusus dan jarak sehingga 448 km WLTP, model ini berpotensi menjadi antara SUV elektrik kompak paling menarik dalam pasaran global.
Kini, tumpuan hanya terarah kepada satu perkara iaitu harga sebenar dan sejauh mana Kia EV2 mampu mengganggu dominasi SUV petrol dalam segmen kompak.
QJMOTOR Malaysia baru-baru ini melancarkan model terbaharu mereka dalam segmen skuter kompak – AX200S – dalam satu majlis yang berlangsung di Courtyard Kuala Lumpur.
Direka khas untuk kegunaan harian di bandar, AX200S hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Kelabu, Moon Blue, dan Coklat Pasir. Ia direka untuk menjadi kenderaan bukan sahaja praktikal, malah mencuri tumpuan di jalanan.
Skuter ini ditawarkan pada harga permulaan RM7,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Menjadikannya antara skuter paling mampu milik dalam kelasnya. Ia kini sudah boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh negara.
Di bawah cover set, AX200S bernadikan enjin 175cc silinder tunggal SOHC 4-injap yang disejukkan cecair serta menggunakan sistem suntikan bahan api EFI.
Ia mampu menjana kuasa 17.3 HP pada 8,500rpm dan tork maksimum 15.2Nm pada 6,500rpm. Cukup responsif untuk memecut keluar dari lampu isyarat atau mendaki flyover bandar tanpa masalah.
Sistem transmisi automatik CVT dengan klac automatik menjadikan tunggangan lebih santai tanpa perlu sibuk tukar gear seperti model moped di pasaran. Selain itu, sistem pelinciran jenis tekanan dan percikan membantu memastikan enjin sentiasa dalam keadaan optimum.
AX200S tampil dengan rekabentuk aerodinamik yang kemas, diserikan dengan winglet di bahagian depan. Bukan sekadar gaya, tapi juga membantu kestabilan ketika memotong angin semasa tunggangan laju.
Skuter ini juga ringan dengan berat hanya 127kg. Menjadikannya mudah dikendalikan walaupun di kawasan sesak.
Dari segi dimensi, ia cukup selesa dengan tempat duduk setinggi 780mm dan jarak kelegaan tanah 145mm. Sesuai bagi kebanyakan penunggang lelaki mahupun perempuan. Tangki bahan apinya pula boleh memuatkan 10 liter. Sesuai untuk perjalanan harian beberapa hari tanpa perlu ke stesen minyak terlalu kerap.
Untuk keselesaan dan keselamatan, AX200S dilengkapi dengan fork teleskopik di depan dan penyerap hentakan jenis gegelung belakang yang menggunakan redaman minyak.
Tayar jenis tubeless CST berukuran 100/80-14 depan dan 120/70-14 belakang memberikan cengkaman dan ketahanan yang bagus.
Sistem brek cakera hadir pada kedua-dua roda – 230mm depan dan 220mm belakang. Lengkap dengan sistem ABS dwi-saluran, memastikan brek lebih selamat terutama dalam situasi kecemasan.
Antara ciri menarik lain termasuk:
Dengan kombinasi semua ini, AX200S bukan sahaja sebuah skuter biasa, tapi lengkap dengan ciri-ciri motosikal moden yang biasanya ditemui pada model lebih mahal.
Setiap pembelian AX200S datang dengan jaminan dua tahun atau 20,000km (mana yang tiba dahulu). Pembeli juga akan menikmati kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Untuk yang belum kenal, QJMOTOR ialah sebahagian daripada kumpulan besar Geely, ditubuhkan sejak 1985 dan juga pemilik jenama motosikal Itali Benelli. Produk mereka merangkumi pelbagai jenis motosikal dari skuter 110cc hingga motosikal berkuasa tinggi 1130cc. Kini, mereka sudah mengeksport ke lebih 130 negara, dan terus komited membawa teknologi terkini ke pasaran global.
Kempen Eropah 2026 Bermula di Mugello
Pasukan perlumbaan dari Malaysia, Viper Niza Racing, bakal membuka tirai kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 dengan penyertaan dalam...