Pernah atau tidak ketika anda ingin memulakan pemanduan pada waktu tengahari, anda terus masuk ke dalam kereta dan melaraskan pendingin hawa pada kelajuan yang maksimum tetapi pendingin hawa kereta anda tidak sejuk?
Jika ya, pendingin kereta anda telah mengalami kerosakan dan perlu dibaiki dengan segera. Namun jangka hayat pendingin hawa kereta boleh menjangkau tempoh 10 tahun jika dijaga dengan betul dan diselenggara mengikut waktu. Hari ini penulis ingin berkongsi mengenai tip penjagaan pendingin hawa kereta.
1.Pasang pendingin hawa anda pada mod nyahbeku
Pasang pendingin hawa kereta anda selama 10 minit setiap minggu pada mod nyahbeku dengan kelajuan maksimum dan suhu yang paling sejuk. Cara ini dapat mengekalkan tekanan gas, memastikan compressor berfungsi dengan baik serta dapat membersihkan segala kelembapan yang terperangkap di dalam saluran pendingin hawa.
2.Menukar atau membersihkan penapis udara
Anda perlu tahu setiap kereta memunyai penapis udara khas untuk pendingin hawa yang diletakkan di dalam kabin kereta. Sering terjadi pendingin hawa tidak berasa sejuk kerana penapis udara telah tersumbat dan penuh dengan habuk.
3.Jangan buka pendingin hawa pada suhu maksimum sebelum pemanduan
Jika kenderaan anda terlalu lama berjemur di bawah sinaran matahari, pastikan sebelum pemanduan buka cermin kereta anda untuk menyingkirkan haba panas daripada dalam kabin. Jangan buka pendingin hawa pada suhu yang maksimum kerana kabin tidak akan sejuk selagi haba panas di dalam kabin tidak dikeluarkan.
4.Pastikan kereta anda dalam keadaan bersih
Jaga kebersihan kereta anda, elakkan daripada merokok dan makan makanan berbau di dalam kereta kerana keadaan ini boleh menyebabkan bakteria terperangkap di dalam pendingin hawa dan akan mempengaruhi bau kereta anda.
5.Jangan guna recirculate mode
Gunakan udara luar sebagai medium untuk menyejukkan ruagan kabin kereta anda. Recirculate mode akan memproses haba panas masuk semula ke dalam kereta dan menyebabkan kereta lambat sejuk. Oleh itu, hanya gunakan recirculate
mode semasa kereta telah mula berjalan.6.Selenggara pendingin kereta anda
Compressor kereta anda mempunyai minyak di dalamnya. Pastikan anda menukar minyak tersebut sekurang-kurangnya 4 bulan sekali bagi memastikan compressor berfungsi dengan baik. Awas! Jika compressor kereta anda rosak, Bersiap sedia untuk berbelanja ribuan ringgit.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.