Berita

Tip Memandu Motosikal Ketika Cuaca Panas

Share

Memandu di dalam cuaca yang panas dapat memberi kesan kepada fokus pemanduan kita. Selain mengalami dehidrasi, badan juga akan berasa cepat letih, mengantuk dan tidak selesa terutamanya ketika memberhentikan kenderaan di lampu isyarat. Di sini penulis sediakan beberapa tip yang bermanfaat untuk anda.

 

Pakai baju yang sesuai

Sudah pasti memandu dalam keadaan cuaca yang panas akan menyebabkan badan anda lebih cepat berpeluh. Pemilihan baju berlengan panjang yang menggunakan kain microfiber amat digalakkan sebagai salah satu cara untuk memberi keselesaan semasa menunggang.

Kredit foto : Pexels

Microfiber diperbuat daripada bahan sintetik yang biasanya dicampur bersama nilon dan poliester. Pakaian ini dapat menyerap peluh dan juga dapat mengeringkan baju dengan cepat dan secara tidak langsung memberikan keselesaan ketika menunggang. Namun begitu, keselamatan juga harus dititik beratkan, jangan lupa menggunakan jaket menunggang yang bersasuaian ketika menunggang.

 

Gunakan topi keledar yang mempunyai pengudaraan sempurna

Topi kelendar jenis full face akan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada kepala anda, namun ketika cuaca panas anda lebih digalakkan menggunakan topi kelendar jenis open face. Topi keledar open face dapat memberikan pengaliran udara yang sempurna ketika memandu dan dapat menyejukkan bahagian muka dan kepala anda supaya tidak terlalu panas.

Kredit foto : Pexels

Di samping itu, gunakan topi keledar yang mempunyai corong udara agar udara dapat masuk kebahagian kepala dan boleh mengelakkan anda daripada sakit kepala.

 

Memakai bandana basah di bahagian leher

Ketika menunggang dalam keadaan yang panas, kawasan leher adalah kawasan yang paling kerap terdedah dengan sinaran matahari. Bahagian ini antara kawasan yang agak sensitif jika terkena sinaran matahari ia akan menyebabkan leher berasa sangat pedih dan mudah gatal. Membasahkan bandana dan seterusnya letakkan di bahagian leher dapat memberi keselesaan ketika memandu dan boleh menghalang leher anda menjadi hitam.

 

Minum banyak air

Sakit kepala, mengantuk dan hilang fokus antara simptom-simptom anda terdehidrasi (kehilangan air di dalam badan). Bawa bekalan air kosong bersama anda ketika memandu dan jauhi minuman ringan yang mempunyai kadar gula yang tinggi kerana anda boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi dengan lebih cepat. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.

 

Bawa baju hujan

Pepatah melayu ada menyebut “Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.” Walaupun cuaca panas semasa anda memulakan perjalanan, sentiasa sediakan baju hujan bersama anda kerana mungkin lokasi yang dituju bakal membasahi anda.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.