Pemerkasaan penggunaan kederaan elektrik (EV) kini cukup rancak dijalankan di Malaysia. Terbaru, The Curve melancarkan 16 stesen pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) terbaru sekali gus menjadikannya sebagai pusat beli-belah ikonik pilihan untuk pengguna kereta EV di Malaysia. Bersama ChargeEV oleh Yinson Greentech, ChargeSini, dan Carput, the Curve mencipta hubungan sempurna antara kelestarian dan kemudahan.

The Curve Tawarkan Stesen Pengecas EV Terbaru Menjanjikan Pengalaman Beli-belah Lebih Selesa

Pengenalan stesen pengecas EV terbaru ini bukan sahaja memperkaya pengalaman beli-belah, tetapi juga mewujudkan kesempatan untuk para pengunjung mengecas bateri kenderaan elektrik mereka sambil berbelanja dan makan.

Pelaksanaan ini dilihat sejajar dengan visi the Curve untuk menjadikan pusat beli-belah bukan sahaja sebuah tempat transaksi komersial tetapi juga pusat komuniti yang bertanggungjawab sosial dan alam sekitar.

The Curve Tawarkan Stesen Pengecas EV Terbaru Menjanjikan Pengalaman Beli-belah Lebih Selesa

Ads

Penambahan stesen pengecas EV ini menonjolkan kecenderungan positif dalam industri, di mana kelestarian dan inovasi menjadi fokus utama. Dengan pengumuman ini, the Curve mengukuhkan reputasinya sebagai pelopor dalam amalan mobiliti hijau, sejajar dengan sasaran kerajaan Malaysia untuk mengembangkan infrastruktur EV di seluruh negara.

Sebagai sebahagian inisiatif kelestarian jangka panjang, the Curve turut merancang untuk memperkenalkan e-motosikal, mengurangkan pelepasan karbon di tempat letak kereta bawah tanah dan menyokong pengurangan pencemaran udara.

Ads

Stesen pengecasan yang baru adalah sebahagian daripada usaha bersama untuk mencipta lingkungan urban yang lebih bersih, hijau, dan lestari.

The Curve Tawarkan Stesen Pengecas EV Terbaru Menjanjikan Pengalaman Beli-belah Lebih Selesa

Ads

Jom sertai the Curve dalam perjalanan hijau ini dan rasai pengalaman beli-belah yang tidak hanya memuaskan keinginan dan keperluan anda, tetapi juga menyumbang kepada planet kita yang indah.

Bersama, kita boleh mencipta impak yang positif bagi generasi masa kini dan akan datang. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif kelestarian ini dan bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripadanya, lawati www.thecurve.com.my.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI