Berita

“The Corner Rocket”! KTM Lancar Model Duke 390 2024

Share

Model KTM Duke 390 sentiasa menampilkan enjin 373cc, satu silinder. Tetapi satu pembaharuan baru dilakukan untuk tahun 2024. KTM Duke 390 kini hadir dengan kuasa 399cc, satu silinder yang dikemas kini dan saiz lejang 64 mm yang lebih besar (4mm lebih daripada model lama).

Hadir dengan 44.2 kuasa kuda berbading daripada model lama 42.9 kuasa kuda, model ini merupakan “game changer” untuk model KTM Duke 390.

KTM Duke 390 2017 sehingga hari ini.
KTM Duke 390 2024.

Model terbaharu ini memiliki reka bentuk yang lebih garang, hampir 70 peratus berbeza berbanding model sebelumnya. Di bahagian atas reka bentuk lampu yang dibahagi kepada dua seperti model Super Duke serba baharu, lengkap dengan DRL LED yang lebih besar di bahagian tepi.

Kredit Foto : Website KTM

Bahagian hujung ekor jauh lebih besar dan tebal daripada sebelumnya dan lebih menarik subframe juga telah dikemaskini dengan rangka teralis kini merupakan two-piece design yang terdiri daripada rangka utama teralis keluli yang dipadankan dengan die-cast forged aluminium sub-frame.

Reka bentuk aluminium swingarm juga serba baharu, kini dengan reka bentuk melengkung untuk menampung monoshock yang diletakkan di luar tengah bingkai. Selain itu, ekzos bahagian bawah enjin  muncul semula selepas tujuh tahun menggunakan ekzos yang panjang.

Kredit Foto : Website KTM

Roda aloi lima jejari minimalis, cermin baharu dan spatbor menjadikan lagi pakej model ini lebih menarik. Manakala, dua liveri baharu dengan grafik yang mantap membawa satu imej yang baharu untuk model ini.

Kredit Foto : Website KTM

Paparan TFT Baharu memberikan anda akses kepada semua maklumat yang diperlukan seperti kawalan telefon, navigasi untuk setiap selekoh dan bantuan penunggang elektronik. Motosikal ini juga hadir dengan  dua mod tunggangan iaitu sport and rain.

Kredit Foto : Website KTM

Traction control,  ABS, slipper clutch dan launch control

juga turut disertakan dan semuanya meletakkan model KTM Duke 390 pada satu kelas yang Baharu.
Kredit Foto : Website KTM

Anggaran harga untuk motosikal ini masih menjadi tanda tanya. Jika dibanding dengan model sebelumnya, harga jualan adalah RM31,800 namun, dengan pelbagai penambahbaikan untuk model 2024, penulis menganggarkan dengan harga RM33,000 dan mungkin lebih.

Sama-sama kita tunggu.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi