Berita

Terbaru! Nissan Fairlady Z Nismo 2024 Dilancar Di Jepun. Lebih Lincah, Lebih Berkuasa

Share

Walaupun dunia automotif sedang sibuk menghasilkan kereta berkuasa elektrik yang lebih selamat dan mesra alam. Nissan tampil dengan keluaran terbaru dalam segmen performance mereka iaitu Nissan Fairlady Z Nismo 2024.

Bermula sekitar tahun 60an dengan model pertama Datsun Fairlady 1000, selepas lebih 5 dekad, Nissan memperkenalkan model berkuasa tinggi ini dengan pelbagai penambahbaikan sesuai dengan era moden. Jadi, apa yang baru pada Z Nismo ini?

Kredit Foto- Autoevolution.com

Selain dari perubahan menyeluruh pada luarannya, kuasa enjin Z Nismo ini ditingkatkan kepada 420ps dan 520Nm daripada 405ps dan 475Nm. Pertambahan kuasa kuda ini boleh jadi pesaing kepada Toyota GR86 dan VW MK-8R.

Menggunakan enjin VR30DDTT 3.0-liter V6 turbo berkembar, kereta ini diubah suai untuk memberi tindak balas gear dan transmisi yang lebih lincah. Nissan hanya memperkenalkan transmisi automatik sahaja untuk Z Nismo 2024, apa pendapat pembaca, setuju ke?

Kredit Foto- Autoevolution.com

Bahagian penting kereta ini seperti brek NISMO, stereng dan casis kereta ditambahbaiktermasuklah ketegaran kilasan (torsional rigidity) serta penalaan cengkaman (grip tuning) untuk memberi lebih kawalan kepada pemandu dan keselesan buat penumpang.

Dari segi kosmetik, Fairlady Z Nismo ini boleh dilihat secara keseluruhan memang dibuat untuk mencapai kelajuan tinggi. Segalanya dibuat khas untuk model tersebut. Ini termasuk kerusi sport Recaro, laluan penyiring angin, kit badan, rim 19 inci dan pelbagai lagi.

Kredit Foto- Autoevolution.com

Harga bagi Fairlady Z NISMO bermula dari RM290,000. Namun Nissan hanya membuka pembelian untuk pasaran Jepun dan Amerika Syarikat terlebih dahulu. Nampak gaya Malaysia lambat lagi nak nampak kereta ni atas jalan raya, jadi apa kata pembaca berbaloi ke tidak nak beli?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Published by
Shazwan