Syarikat pengeluar Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau dikenali sebagai Modenas merupakan syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai jenis motosikal mampu milik untuk pasaran tempatan.

Tawaran Menarik Kempen Merdeka Modenas “Payung Kaw Kaw”
Kredit foto : facebook Modenas Malaysia

Bermula 1 julai 2023 sehingga 30 september 2023, Modenas menganjurkan satu kempen kemerdekaan “Modenas Payung Kaw Kaw” dengan menawarkan pelbagai tawaran yang menarik. Kempen ini bertujuan untuk mempromosi model skuter Karisma 125 yang tampil dengan bentuk dan warna yang menarik.

Keluaran pertama Modenas Karisma adalah pada tahun 2011 yang menggunakan sistem karburator dan mempunyai reka bentuk yang agak besar.

Tawaran Menarik Kempen Merdeka Modenas “Payung Kaw Kaw”
Kredit foto : facebook Modenas Malaysia

Modenas Karisma baharu hadir dengan reka bentuk yang jauh lebih menarik dan dipadankan dengan panel meter digital untuk penunjuk paras petrol, lampu LED untuk bahagian depan dan belakang, soket USB untuk mengecas telefon pintar anda serta ruang penyimpanan bawah tempat duduk yang lebih luas.

Model terbaharu ini terbaharu hadir dengan tiga pilihan warna iaitu biru, kuning dan merah. Dengan setiap pembelian Modenas Karisma semasa kempen berjalan, anda layak mendapat baucar petrol RM200, servis percuma sebanyak tiga kali termasuk kos upah dan alat ganti serta e-keahlian Modenas.

Harga jualan bermula dari RM5,397 (atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan), dan skuter ini boleh didapati di semua wakil pengedar MODENAS berhampiran anda.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI