Berita

Tawaran Hebat MINI Malaysia Khusus Buat Pembeli Model Elektrik

Share

Elektrifikasikan Perjalanan Anda. Hari ini, MINI Malaysia membuka tawaran menarik kepada pelanggan yang ingin membeli model elektrik dari MINI. Pelbagai aneka pilihan pembiayaan dengan kadar faedah yang rendah turut diperkenalkan.

Kredit Foto: mini.my

Pelanggan yang membeli kereta MINI yang baharu boleh menikmati tawaran bertempoh terhad dengan kadar faedah serendah 0.98% melalui Pelan Pembiayaan “Straight-Line” sehingga hujung September. Ini akan membolehkan mereka menikmati mobiliti elektro bertaraf premium dengan harga yang sangat berpatutan.

Kredit Foto: mini.my

“Legasi MINI yang menjangkau usia 64 tahun, didefinisikan melalui senyuman yang diukir oleh jentera ini pada wajah pemiliknya, sambil ia terus membekalkan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan serta menzahirkan gaya sensasinya,” kata Linnet Yew, Ketua MINI Malaysia.

Kredit Foto: mini.my

Tambah Linnet lagi, “Kami juga ingin mengelektrifikasikan legasi tersebut dengan pengenalan program penjimatan MINI Electric. Koleksi tawaran eksklusif ini, yang terdiri daripada pelbagai imbuhan yang menarik, menggambarkan sejarah MINI yang ikonik dan menunjukkan komitmen tetap kami untuk menggiatkan kemajuan ke arah mobiliti elektrik di Malaysia.”

Kredit Foto: mini.my

Di samping menjadikan penggunaan kenderaan elektrik lebih mudah di negara ini, MINI Malaysia bersama para pembekal tenaga dan infrastruktur turut berusaha untuk menjadikan fasiliti pengecasan lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh Malaysia.

Kredit Foto: mini.my

Pada masa yang sama, BMW Group Malaysia telah membina lebih 1,000 buah fasiliti pengecasan dalam rangkaiannya.

Kredit Foto: mini.my

Koleksi tawaran penjimatan dan imbuhan menarik bernilai sekitar RM20,000 termasuklah :

 

  • MINI Wallbox Percuma: Memudahkan urusan pengecasan jentera MINI Electric anda, selain mengelakkan keperluan untuk kerap mengunjungi fasiliti pengecasan awam.
  • Pengecasan Awam Satu Tahun Percuma: Nikmati akses pengecasan awam di semua rangkaian stesen JomCharge serta stesen-stesen ChargEV yang terpilih.
  • Waranti Lanjutan: Kekal tenang dengan penambahan 1 tahun dalam liputan waranti Inklusif Servis dan Pembaikan MINI anda, memanjangkan tempoh keseluruhan liputan kepada 5 tahun.
  • Rebat Menarik: Terokai rebat menarik di pusat-pusat pengedaran MINI yang bertauliah, memperkayakan lagi nilai yang ditawarkan.
Kredit Foto: mini.my

Selain itu, MINI Financial Services menawarkan pelbagai pelan pembiayaan, termasuk pembiayaan “Straight-Line” dengan kadar serendah 0.98%.

Kredit Foto: mini.my

Dalam pada itu, ansuran bulanan juga boleh menjadi serendah RM1699 dengan pilihan pembiayaan “Easy Drive”, yang membolehkan anda menggunakan mobiliti elektro premium tanpa mengekang kepuasan pemanduan dan kewangan anda.

Kredit Foto: mini.my

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MINI, lawati https://www.mini.my/en_MY/home/happenings/tactical-campaign.html.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan