Selepas kejayaan skuter BMW CE-04, kini BMW Motorrad memperkenalkan skuter elektrik CE 02 yang sarat dengan teknologi baharu, lebih kecil dan dijangka diterima pengedar pada April 2024. Direka bentuk untuk kegunaan di dalam kawasan bandar, BMW Motorrad menjangkakan motosikal ini menarik minat Generasi Z untuk memilikinya.

 

Memetik artikel daripada laman sesawang Motrocyclenews.com, satu kenyataan daripada Ralf Rodepeter Pengurus Pemasaran BMW, “Kita semua bermula dengan motosikal yang lebih kecil, dan kita mendapat motosikal yang lebih besar semasa hidup kita, tiada siapa yang benar-benar bermula dengan 1300cc atau 1800cc. Jadi kami, sudah tentu, mencuba untuk mendapatkan generasi baru masuk ke dalam pasaran kami.”

Tampil Elegan & Ekslusif, BMW CE-02 Bakal Dipasarkan April 2024
Kredit foto : Laman Sesawang Motorcyclenews

CE 02 dikuasakan oleh bateri litium-ion penyejuk udara yang menghasilkan di antara output 3.92, atau 1.96kWh. Ini semua bergantung pada kuasa yang dihasilkan oleh motosikal ini  dengan pilihan untuk 5.4bhp atau 14.8bhp. dianggarkan  kelajuan maksimum motosikal ini adalah 45 Km/j sesuai untuk remaja yang baharu sahaja mendapatkan lesen memandu mereka.

Tampil Elegan & Ekslusif, BMW CE-02 Bakal Dipasarkan April 2024
Kredit foto : Laman Sesawang Motorcyclenews

Masa pengecasan motosikal ini apabila dipasang pada dinding dengan kadar pengecasan 0.9kW, BMW mengatakan versi 11kW mengambil masa lima jam dan 12 minit untuk mengecas dari 0-100%.

Ads

 

Motosikal ini menggunakan casis tubular steel double loop frame, dilengkapkan dengan fork 37mm dan mono shock di bahagian belakang serta menggunakan single swing arm. Rim motosikal pula bersaiz 14-inci dan menggunakan rim penuh yang diilhamkan oleh BMW CE 04 yang telah memasuki pasaran sekitar dua tahun lalu.

Tampil Elegan & Ekslusif, BMW CE-02 Bakal Dipasarkan April 2024
Kredit foto : Laman Sesawang Motorcyclenews

Memenuhi permintaan generasi Z, model ini dilengkapi dengan meter  TFT 3.5 inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar anda dan juga  membantu anda menunggang melalui mod tunggangan yang disediakan. Terdapat dua mod untuk motosikal ini iaitu  ‘Flow’ dan ‘Surf’ dan untuk versi Highline yang lebih premium turut disertakan dengan mod ‘Flash’.

Ads

 

Mod Flow direka untuk digunakan di kawasan bandar berkelajuan perlahan dengan tindak balas pendikit (Throttle Response) lembut dan penjanaan semula bateri sederhana apabila dimatikan.  Mod Surf tidak menawarkan penjanaan semula bateri tetapi memiliki tindak balas pendikit yang lebih pantas.

Tampil Elegan & Ekslusif, BMW CE-02 Bakal Dipasarkan April 2024
Kredit foto : Laman Sesawang Motorcyclenews

Soket USB-C dan menggunakan sistem keyless sesuai untuk gaya urban dan ditambah ABS pada roda hadapan. Lebih menarik, anda mendapat sistem traction control yang ditambah dengan pawalan kestabilan pemulihan yang pada asasnya mengelakkan roda belakang daripada terkunci semasa pemulihan bateri semasa nyahpecutan.

Ads

 

Menerusi laman sesawang BMW Motorrad, harga yang dicadangkan oleh pengeluar untuk motosikal ini bermula daripada RM 35,342 sehingga RM 39, 412. Mungkin agak mahal, tetapi bersesuaian dengan jenama BMW yang mempamerkan ciri-ciri elegan dan ekslusif.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI