Beberapa bulan yang lalu, beberapa sumber berita Jepun yang dipercayai mengatakan bahawa Suzuki sedang mempersiapkan GSX-8R. Motosikal ini berasaskan platform 776cc yang baharu untuk bersaing dalam segmen motosikal sukan middleweight. Kini akhirnya berita tersebut sahih apabila. Suzuki telah mengesahkan GSX-R akan masuk ke dalam pasaran.

Suzuki GSX-8R Akhirnya Mendapat Lampu Hijau!
Suzuki GSX-8S

Berita ini datang terus dari Switzerland, di mana Suzuki telah mengemukakan data pensijilan untuk motosikal ini dengan kodnama ‘GSX800 (8R)’.  Menurut fail tersebut, GSX-8R memiliki enjin dwi-silinder 776cc yang sama seperti GSX-8S yang sedang dijual. Namun, syarikat itu mendakwa R mempunyai kelajuan tertinggi 134 mph (215km/j).

Suzuki GSX-8R Akhirnya Mendapat Lampu Hijau!

Model GSX-8R menggunakan kerangka yang sama seperti model GSX-8S dan secara langsung mempunyai ukuran Panjang dan jarak antara tayar juga sama. Model 8R digambarkan juga lebih kurus dan menggunakan handlebar jenis “clip-on”

Ads

Suzuki GSX-8R Akhirnya Mendapat Lampu Hijau!

Rangka trellis dan subframe akan kekal seperti model GSX yang lain dan didatangkan dengan suspensi KaYaBa yang sama. Suzuki telah mengesahkan GSX-8R sebagai model 2024 di Switzerland. Ini bermakna motosikal ini seharusnya diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang, diikuti dengan pelancaran di Amerika Syarikat tahun depan.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Ads

 

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI