Selain roda, komponen lain yang menjadi fokus penunggang motosikal untuk mendapatkan keselesaan semasa memandu adalah sistem suspensi motosikal. Suspensi motosikal merupakan komponen penting dan untuk mengekalkan suspensi tersebut dalam keadaan yang baik memerlukan penyelengaraan berkala agar dapat berfungsi dengan sempurna.
Untuk terus memastikan suspensi berada dalam keadaan yang optimum dan beroperasi dengan baik biarpun melaui jalan yang tidak rata, berikut ada beberapa tip yang boleh dicadangkan.
Membersihkan Suspensi
Sama seperti badan luaran motosikal, anda perlu membersihkannya untuk kelihatan cantik dan menarik. Sama juga seperti sistem suspensi, walaupun komponen suspensi tersebut berada dalam keadaan tersorok, anda digalakkan mencucinya sewaktu membersihkan badan luaran motosikal.
Perlu diketahui bahawa suspensi yang kotor akan dipenuhi dengan debu dan pasir-pasir halus. Jika kotoran tersebut terus melekat di situ, ia akan menyebabkan berlakunya geseran pada bahagian permukaan tiub suspensi seterusnya akan menjejaskan kelancaran sistem suspensi berkenaan.
Segera membersihkan suspensi selepas terkena hujan.
Membersihkan kenderaan selepas memandu dalam keadaan hujan amat digalakkan untuk mengelakkan sesetengah komponen motosikal berkarat.Bahagian suspensi perlu dibersihkan dengan menggunakan air untuk membuang segala kotoran yang dibawa bersama dengan air hujan.
Jangan gunakan Absorber Riser Height Extender.
Pengguna motosikal tidak digalakkan menggunakan Absorber Riser Height Extender supaya keadaan suspensi tersebut dalam keadaan yang baik dan selesa digunakan. Hal ini kerana penggunaan extender akan menyebabkan suspensi menjadi lebih tinggi dan sudut kedudukan suspensi mengalami perubahan sehingga menyebabkan suspensi menjadi keras.
Dalam masa terdekat mungkin suspensi anda tidak mempunyai masalah, namun untuk jangka masa panjang penggunaan extender ini akan menyebabkan kerosakkan pada komponen yang lain.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di instagram, youtube dan Tik Tok.