Berita

Skuter Maxi Kymco AK550, Modenas Siap Sedia Menggegarkan Arena Skuter Malaysia!

Share

Hanya beberapa hari selepas Modenas memperkenalkan jentera ZX25R 4 silinder yang menggegarkan Malaysia, kini gempita baru mula bergema! Kabar angin mengatakan sebuah legenda skuter maxi, Kymco AK550, bakal melangkah ke bumi Malaysia.

Sejak 2016, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) memegang takhta sebagai pengeluar dan pengedar eksklusif KYMCO di tanah air. Kini, mereka bersiap untuk mengambil langkah besar dengan membawa masuk model Kymco AK550. Skuter ini bukanlah skuter biasa. Ia telah berjaya mencuri perhatian di pameran motosikal EICMA dengan varian tertingginya, AK550 ST.

Buat pemilik-pemilik setia Modenas Elegan 250EX, ada berita baik! Anda mungkin berpeluang menjadi antara yang terawal melihat, merasa dan mungkin membonceng Kymco AK550 di kilang Modenas yang terletak di Gurun, Kedah.

Dengan nadi enjin 550 cc dua silinder yang mampu menghasilkan sehingga 51 HP dan 55 Nm, AK550 bukanlah sekadar skuter tetapi sebagai sebuah simbol kemajuan teknologi!. Tidak hanya itu, skuter ini telah berjaya melalui proses VTA Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berikut merupakan beberapa elemen unik dan menarik menjadikan Kymco AK550 sebagai sebuah skuter yang cukup berbeza dan menonjol:

  1. Kuasa Enjin yang Mengagumkan: Dengan enjin 550 cc dua silinder, skuter ini mampu menghasilkan sehingga 51 HP dan 55 Nm, menjadikannya salah satu model paling berkuasa dalam kategorinya.
  2. Teknologi Canggih: AK550 dilengkapi dengan Electronic Throttle System (ETS) atau dikenali juga sebagai ride-by-wire yang memastikan pengendalian yang lebih lancar dan responsif.

3. Ciri Cruise Control: Ini memudahkan pemanduan jarak jauh, memberikan keselesaan          lebih kepada pemandu terutama dalam perjalanan yang panjang.

4. Paparan Digital: Dua paparan LCD digital serta TFT di bahagian tengah yang                      menampilkan sistem navigasi khas Kymco Noodoe. Ini bukan sahaja memberikan              maklumat penting kepada pemandu tetapi juga menambahkan elemen kemewahan dan      teknologi terkini.

5.Ketersambungan Telefon Pintar: Dengan fungsi ketersambungan telefon pintar, pemandu     boleh menghubungkan telefon mereka dengan skuter, memudahkan akses kepada             arahan navigasi, muzik, dan lain-lain.

Kombinasi ciri-ciri teknologi terkini, reka bentuk yang menarik, dan kuasa enjin yang mengagumkan menjadikan Kymco AK550 sebuah skuter yang benar-benar menonjol di pasaran. Namun masih belum ada berita rasmi mengenai model ini, jadi kita sama-sama nantikan!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi