Berita

Setelah 42 Tahun, Kini Honda Kembali Dengan Model Motocompacto

Share

Honda Motocompacto muncul kembali dengan inovasi baharu. Motosikal unik ini  mengingatkan kita kepada konsep Honda Motocompo yang telah berusia hampir 42 tahu. Ia bukan sahaja sebagai pengangkutan tetapi juga sebagai kenderaan yang mampu memudahkan kerja seharian.

Honda Motocompo yang pertama dilancarkan pada tahun 1981, dan direka khusus untuk pasaran Jepun. Motosikal 50cc dua lejang ini dijual bersama dengan kereta Honda City. Reka bentuknya yang kompak membolehkannya muat dengan sempurna di dalam but kereta.

Kredit Foto : Wikipedia

Walaupun  dengan reka bentuknya yang inovatif, Motocompo dihentikan selepas hanya dua tahun. Hari ini, ia menjadi item yang dicari-cari di pasaran terpakai dan sering mendapat harga yang tinggi. Di Malaysia harga untuk seunit Honda Motocompo boleh mencecah puluhan ribu ringgit bergantung kepada kondisi kenderaan tersebut.

Kredit Foto : Website motorcyclenews.com

Kini, Honda telah mengkaji semula konsep ikonik ini dengan pengenalan Motocompacto. Versi yang diperbaharui ini bukan sahaja lebih kecil tetapi juga beratnya kurang daripada separuh berat model terdahulu. Ia direka untuk dilipat dengan mudah dan berubah menjadi saiz beg yang nipis.

Apabila dilipat, Motocompacto memiliki saiz panjang  74cm panjang, tinggi 54cm, dan kurang daripada 10cm lebar. Saiz kompak ini membolehkannya disimpan dengan mudah di bawah meja, dalam but kereta atau dibawa naik ke dalam kereta api.

Kredit Foto : Website motorcyclenews.com

Roda belakang diperluaskan untuk meningkatkan panjang kenderaan ini menjadi 97cm. Tongkat tangan yang boleh dinaikkan, meningkatkan ketinggiannya menjadi 89cm dan lebarnya menjadi 44cm. Ciri-ciri tambahan seperti peg, sidestand dan ruang penyimpanan dalaman untuk kerusi dan pengecas menjadikannya mesra pengguna.

Salah satu ciri menonjol Motocompacto adalah sistem pemanduan roda depannya. Ia mengandungi motor yang dipasang pada hub di dalam roda yang menghasilkan kuasa puncak 490 Watt. Ini diterjemahkan kepada 0.66 kuasa kuda dengan tork yang mengagumkan sebanyak 11.8.

Kredit Foto : Website motorcyclenews.com

Walaupun kelajuan maksimanya adalah 24 km/j, sedikit kurang daripada 28km/j yang dihasilkan oleh Motocompo asal, ia mempunyai julat bateri sebanyak 20 kilometer. Pek bateri 6.8Ah boleh dicas sepenuhnya dalam masa 3.5 jam dan tempoh ini mungkin berbeza bergantung pada voltan sistem elektrik.

Pada masa ini, Motocompacto tersedia di Amerika, dijual pada harga $995 (RM 4,700) melalui pengedar kereta. Jika ia diperkenalkan di pasaran lain, mungkin harganya lebih mahal berbading pasaran Amerika.

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi