Berita

Raptai Hari Kebangsaan – 21 Jalan Utama di Putrajaya Ditutup Selama 6 Jam

Share

Penutupan Jalan

Bermula 27 Ogos ini, sebanyak 21 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bagi memberi laluan kepada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan. Penutupan ini dijadualkan dari jam 5 pagi hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos.

Antara jalan-jalan yang terlibat dalam penutupan ini adalah Laman Perdana, Lebuh Wawasan, dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), serta Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B, dan Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana). 

Penutupan ini adalah sebahagian daripada persiapan untuk acara sambutan yang akan diadakan di Putrajaya. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan semasa hari bersejarah tersebut.

Selain Itu

Selain itu, pada 30 dan 31 Ogos, terdapat tambahan 10 jalan utama di Putrajaya yang juga akan ditutup. Penutupan ini akan bermula dari jam 7 petang dan berterusan sehingga sambutan Hari Kebangsaan selesai. 

Laluan-laluan yang terlibat termasuklah Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana). Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan). Serta Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menghubungkan Laman Perdana. 

Selain itu, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari). Jalan Presint 18. Lebuh Setia. Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein), dan Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana) juga akan mengalami penutupan.

Sentiasa Up-to-date

Untuk memastikan perjalanan anda lancar dan selamat, pengguna jalan raya diingatkan agar berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang Merdeka360 di www.merdeka360.my atau mengunjungi laman media sosialnya di Facebook, Twitter, dan X untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan Hari Kebangsaan.

Penutupan jalan ini merupakan langkah penting dalam memastikan raptai dan acara sambutan Hari Kebangsaan berlangsung dengan sempurna.

Diharapkan kerjasama dan kesabaran dari semua pengguna jalan raya dapat membantu menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.

Dari Careta

Baca juga Panduan Permohonan Bonggol Jalan Di Kawasan Kediaman Anda

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan