Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menandatangani perjanjian meyaksikan mereka mengekalkan pengendali perkhidmatan bas Rapid KL sebagai Penyedia Rasmi Perkhidmatan Bas untuk MotoGP Malaysia 2023.

Keputusan ini memperlihatkan komitmen SIC dalam menyediakan pengangkutan yang cekap dan efisien bagi peminat sukan pemotoran yang menghadiri acara berprestij ini.

Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas khusus dari tiga lokasi utama, iaitu Pasar Seni, KLCC, dan Hab Bas KLIA2, khusus untuk rakyat Malaysia dan peminat MotoGP yang ingin menyaksikan aksi penuh adrenalina di SIC pada tahun ini.

Rapid Bus Dilantik Penyedia Rasmi Bas MotoGP Malaysia 2023

Penjualan tiket bas akan bermula pada 25 Oktober hingga 12 November, dan peminat MotoGP boleh mendapatkan tiket di beberapa lokasi yang mudah dijangkau:

Ads
  1. Kaunter Stesen LRT (KLCC, Masjid Jamek, Pasar Seni, KL Sentral) – Waktu operasi dari 6.30 pagi hingga 11.00 malam.
  2. Kaunter Kad Konsesi My Rapid, Hab Bas Pasar Seni – Waktu operasi dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
  3. Kaunter 10, Aras 1, Hab Pengangkutan KLIA2 – Waktu operasi dari 8 pagi hingga 1.00 tengah hari (10 hingga 12 November).
  4. Pembelian tiket juga boleh dilakukan secara atas talian di laman web shop.myrapid.com.my mulai dari 28 Oktober.

Rapid Bus Dilantik Penyedia Rasmi Bas MotoGP Malaysia 2023

Berikut adalah senarai tambang perjalanan:

– Perjalanan dari Pasar Seni/KLCC ke SIC: RM20/sehala

Ads

– Perjalanan dari Pasar Seni/KLCC ke SIC: RM35/pergi-balik

– Perjalanan dari KLIA2 ke SIC: RM12/sehala

Selain menyediakan perkhidmatan bas berbayar, Rapid KL juga menawarkan perkhidmatan bas perantara percuma di dalam kawasan SIC semasa acara Petronas Grand Prix Malaysia 2023 berlangsung dari 10 hingga 12 November 2023.

Ads

Ia merupakan inisiatif yang memberikan peluang kepada peminat untuk menjalani pengalaman MotoGP yang lengkap tanpa perlu menghadapi masalah pengangkutan.

Inisiatif ini menunjukkan usaha bersama Rapid KL dan SIC dalam memudahkan akses kepada MotoGP Malaysia 2023 dan memastikan peminat motosikal dapat menikmati acara berprestij ini tanpa sebarang kesulitan. Ia juga menjadi langkah positif dalam menyokong industri sukan motor tempatan. Dengan perkhidmatan bas yang lebih baik, pengalaman ke MotoGP Malaysia 2023 pasti lebih mengujakan bagi semua peminat sukan motor.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI