Komponen penting untuk menyalurkan kuasa daripada enjin kepada tayar adalah rantai. Meskipun pada tahun 2023 terdapat banyak pengeluar motosikal lebih untuk menghasilkan skuter berbanding dengan kenderaan yang mempunyai rantai, namun masih ramai pengguna di luar sana menggunakan motosikal kapcai sebagai kenderaan harian mereka.
Penjagaan yang baik terhadap rantai motosikal adalah penting untuk memastikan prestasi yang baik, keselamatan dan memastikan jangka hayat panjang bagi motosikal anda. Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tip tentang penjagaan rantai motosikal kepada pembaca.
1.Pembersihan berkala
Bersihkan rantai secara berkala dari kotoran, habuk, dan minyak pelincir kering yang boleh menjejaskan prestasi motosikal. Rantai merupakan komponen yang terdedah dan sudah pasti akan lebih mudah untuk kotor dan berhabuk.
Mendapan kotoran pada rantai akan menyebabkan pusingan rantai tidak sempurna dan mudah merosakkan gigi pada sprocket motosikal tersebut.
2.Pelincir yang sempurna
Pastikan rantai sentiasa dilincir dengan baik. Gunakan minyak rantai yang disyorkan oleh pengeluar motosikal atau pelincir rantai yang berkualiti. Sapukan minyak rantai ke semua bahagian rantai yang bergerak dan pastikan ia diserap dengan baik.
Jangan menggunakan minyak engin terpakai sebagai pelincir kerana ianya mempunyai mendapan kotoran yang boleh merosakkan kitaran rantai.
3.Periksa ketegangan rantai
Rantai motosikal harus mempunyai ketegangan yang betul dan ketegangan yang tepat memastikan rantai tidak terlalu kendur atau terlalu tegang. Anda boleh cuba mengukur ketegangan rantai menggunakan tangan semasa motosikal tidak bergerak dan jika anda mempunyai kemahiran, anda boleh melaraskannya sendiri.
Rujuk manual pengguna motosikal anda untuk mengetahui ketegangan yang disyorkan dan gunakan alat yang sesuai untuk memeriksa dan mengubahsuai ketegangan rantai.
4.Pemeriksaan kerosakan
Periksa rantai motosikal anda untuk sebarang kerosakan seperti pautan yang retak atau rosak. Jika terdapat kerosakan, tukar rantai dengan segera kerana rantai yang putus boleh menyebabkan kemalangan serius.
Hal ini demikian kerana rantai merupakan komponen motosikal yang terdedah dengan tekanan dan suhu yang tinggi. Komponen ini amat mudah rosak jika tidak dijaga dengan sempurna.
5.Penggantian berkala
Rantai motosikal mempunyai jangka hayat dan pastikan anda mengikut manual pengguna atau garis panduan pengeluar. Penggantian rantai motosikal adalah bergantung kepada kekerapan anda menggunakan motosikal. Penulis mencadangkan jika motosikal anda adalah kegunaan harian, ganti rantai dan sprocket
anda enam bulan sekali.
6.Elak terkena air
Hindari terkena air yang berlebihan kerana air boleh merosakkan rantai dan mempercepatkan pembentukan karat terutama selepas anda mencuci motosikal. Pastikan anda membasahkan semula rantai dengan pelicir selepas melakukan cucian ke atas motosikal anda.
Setiap rantai motosikal mempunyai saiz dan kualiti yang berbeza bergantung kepada jenis motosikal yang digunakan. Pastikan anda menggunakan rantai yang berkualiti dan tidak terlalu nipis untuk kegunaan harian anda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.