Berita

Rangkaian Kuasa Hyundai IONIQ 6 Dinobatkan Dalam Senarai 10 Enjin & Sistem Pendorong Terbaik

Share

Baru-baru ini, model berkuasa elektrik Hyundai IONIQ 6 telah tersenarai di dalam senarai antara 10 enjin dan sistem pendorong terbaik. Anugerah tahunan anjuran WardsAuto tersebut mengiktiraf rangkaian kuasa yang dihasilkan berdasarkan tahap kerumitan dan kemajuan yang terdapat pada model ini.

Di antara faktor mengapa IONIQ 6 terpilih kerana tahap prestasinya yang tinggi, masa pengecasan efisien, jarak pemanduan jauh dan harga berpatutan. Dalam pada itu, model sebelumnya iaitu IONIQ 5 pernah dinobatkan juga antara 10 enjin dan sistem pendorong terbaik tahun 2022.

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh teknologi eksklusif Hyundai iaitu Electric-Global Modular Platform (E-GMP) yang menyumbang kepada aliran kuasa dwi motor, memaksimumkan ruang dalaman dan mengoptimumkan prestasi.

Kredit Foto: Hyundai

Sejak anugerah pengiktirafan 10 enjin dan sistem pendorong terbaik ini diperkenalkan pada tahun 1995, Hyundai telah berjaya perolehi sejumlah 16 pengiktirafan.

“Memperolehi dua pengiktirafan Wards untuk dua tahun berturut-turut merupakan pencapaian yang luar biasa”, kata Pengarah Bahagian Pembangunan Pendorong Elektrik dari Pusat Teknikal Hyundai Amerika, Byungho Lee.

“Anugerah berprestij ini mengiktiraf kejuruteraan luar biasa IONIQ 6 yang menggunakan platform E-GMP. Rekaan yang inovatif ini menyumbang kepada pengecasan pantas, jarak perjalanan yang lebih jauh dan kawalan pengendalian yang lebih dinamik seterusnya memberi pengalaman memandu kenderaan elektrik ke tahap yang baru,” tambanya lagi.

Kredit Foto: Hyundai

Menurut Ketua Editor WardsAuto, Bob Gritzinger, “ Pecutan ekstrim sentiasa tersedia tanpa mengira kelajuan kereta yang turut dipadankan dengan penggunaan tenaga yang efisien. Mod Eco sesuai untuk pergerakan menguruskan perihal peribadi atau kerja manakala mod Sport akan menukarkan kereta ini kepada kapal angkasa.

“Ini merupakan perkara yang jelas bila kita kaitkan dengan model IONIQ 6 yang menggunakan rangkaian kuasa elektrik.” Jelasnya lagi.

“Rentak perubahan teknologi masa kini bergerak sangat laju dan jarang untuk kita lihat model rangkaian kuasa (IONIQ 5 & 6) memasuki senarai anugerah Wards dua kali berturut-turut. Namun, hantaran kuasa IONIQ 6, efisien dan aspek keseronokan memandu itulah yang membuatkan model ini menyerlah kembali,” kata Penyumbang Editor WardsAuto, Drew Winter.

Kredit Foto: Hyundai

Tahun ini, sebanyak 32 jenama bersaing untuk anugerah berprestij ini, sebuah acara untuk meraikan pencapaian memberangsankan rangkaian  kuasa dan mengangkat kumpulan yang berhempas-pulas menjayakannya.

Majlis anugerah Wards 10 Enjin  dan Sistem Pendorong Terbaik akan diadakan pada hari kedua Persidangan AutoTech: Electrification yang akan berlangsung pada 17-18  2023 di Detroit, Michigan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan