Berita

Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Cuti Sekolah Bermula 26 Ogos Hingga 1 September 2023

Share

Bermula 26 Ogos hingga 1 September 2023, Puspakom telah melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma bersempena dengan musim cuti sekolah penggal kedua tahun ini.

Kredit Foto: Puspakom Photo Gallery

Kempen yang dikenali sebagai Free VVI (Voluntary Vehicle Inspection) dibuka kepada semua pemilik atau pemandu kenderaan persendirian terutamanya kepada mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan jarak jauh seperti pulang ke kampung atau bercuti.

Kredit Foto: Puspakom Photo Gallery

Mengekalkan trend #drivesafenoregrets pada kempen kali ini, ia bertujuan untuk menyedarkan pemandu kenderaan yang berhasrat untuk melakukan perjalanan jarak jauh supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam kondisi yang terbaik dan selamat dipandu.

Kredit Foto: Puspakom Photo Gallery

Selain menggalakkan pemilik membuat pemeriksaan kenderaan secara berkala, kempen ini merupakan salah satu tanggungjawab korporat Puspakom untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan dan kebaikannya kepada pengguna.

Kredit Foto: Puspakom Photo Gallery

Mereka yang berminat untuk melakukan pemeriksaan kenderaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang. Operasi premis bermula dari 8 pagi hingga 5 petang sepanjang kempen berlangsung.

Kredit Foto: Puspakom Photo Gallery

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela akan lebih memfokuskan kepada faktor keselamatan yang penting seperti pemeriksaan bahagian brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, pelepasan asap, lampu, bahagian atas dan bawah kenderaan, cermin dan komponen-komponen kritikal yang lain.

Kredit Foto: Puspakom Photo Gallery

Mereka yang tinggal berjauhan dengan mana-mana cawangan Puspakom masih boleh menjalani pemeriksaan percuma ini di tapak lawatan Puspakom bergerak yang berada di seluruh negara. Layari www.puspakom.com.my untuk maklumat lanjut.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan