Proton, sebuah jenama automobil kebangaan negara berusaha menyokong para atlet kebangsaan dan menunjukkan semangat kesukanan Malaysia secara terbuka dan meluas.

Proton Serah Kraf Budaya Kepada Atlet Negara Yang Bakal Bertanding Di Sukan Asia Hangzhou Ke-19

Sebagai penaja rasmi kenderaan bagi sukan Asia Hangzhou ke-19, usaha Proton untuk mengeratkan masyarakat dan memberi makna kesukanan yang baharu dilihat semakin mendapat sambutan.

Proton Serah Kraf Budaya Kepada Atlet Negara Yang Bakal Bertanding Di Sukan Asia Hangzhou Ke-19

Kempen “Proton Asian Games, Nation Drive” telah membawa Proton menjelajah ke seluruh negara untuk mendalami makna budaya dan norma masyarakat di sekitar Malaysia.

Proton Serah Kraf Budaya Kepada Atlet Negara Yang Bakal Bertanding Di Sukan Asia Hangzhou Ke-19

Ads

Antara negeri persinggahan Proton adalah Sabah, Sarawak, Melaka, Pahang, Penang dan Perak. Setiap negeri ini mempunyai kraf budaya yang sangat asing dari rantau nusantara yang lain. Sebagai contoh, Perak terkenal dengan kraf labu sayong, manakala Pahang terkenal dengan kain songket.

Proton Serah Kraf Budaya Kepada Atlet Negara Yang Bakal Bertanding Di Sukan Asia Hangzhou Ke-19

Setelah kempen jelajah seluruh negara selesai, rakyat Malaysia diberi mandat untuk memilih kraf budaya yang paling sesuai untuk dibawa mewakili Malaysia bagi dipamerkan di Muzium Sukan Asia Hangzhou semasa acara Sukan Asia itu berlangsung.

Ads

Proton Serah Kraf Budaya Kepada Atlet Negara Yang Bakal Bertanding Di Sukan Asia Hangzhou Ke-19

Majlis penyerahan kraf budaya terbabit telah berlangsung hari ini di Proton Center of Excellence yang terletak di Subang Jaya. Penyerahan tersebut turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, YB Puan Hannah Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong.

Proton Serah Kraf Budaya Kepada Atlet Negara Yang Bakal Bertanding Di Sukan Asia Hangzhou Ke-19

Ads

Antara atlet yang hadir menerima penyerahan terbabit adalah atlet balapan negara, Khairul Hafiz Jantan, dan atlet hoki negara, Siti Zulaikha Husain. Jumlah kraftangan yang akan dipamerkan di Hangzhou adalah sebanyak enam buah.

Proton Serah Kraf Budaya Kepada Atlet Negara Yang Bakal Bertanding Di Sukan Asia Hangzhou Ke-19

Majlis penyerahan ini juga menandakan Proton bersedia untuk menjadi tulang belakang kepada bidang sukan negara selain menjadikan ia sebagai simbol kebangaan buat para atlet dan rakyat Malaysia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI