Berita

PLUS Malaysia Keluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Hari Deepavali

Share

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meramalkan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya sepanjang musim perayaan Deepavali bermula pada hujung minggu ini.

Dalam usaha membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih baik, PLUS telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari tarikh 10 sehingga 14 November.

Apa itu TTA? TTA merupakan kaedah atau mekanisme yang sangat berguna membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka dengan bijak.

Ia juga membolehkan PLUS menguruskan trafik dengan lebih cekap dan mengelakkan kesesakan lalu lintas di lokasi tertentu di lebuh raya.

Kredit Foto: TheStar.com.my

Jadual TTA ini boleh didapati di laman sesawang rasmi PLUS di www.plus.com.my dan juga di media sosial PLUS Malaysia. Namun perlu diingatkan, walaupun perancangan boleh membantu, kelancaran perjalanan trafik tetap bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.

Selain itu, dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih canggih secara digital, PLUS akan memperkenalkan Program Rintis My-TTA yang menggunakan aplikasi PLUS. Ini akan membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan Deepavali dengan lebih baik.

PLUS menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya merujuk kepada jadual TTA yang dikeluarkan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih teliti. Maklumat trafik terkini juga boleh didapati melalui aplikasi X @PLUSTrafik, aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, dan dengan mendengar siaran radio utama negara. Dengan ini, semoga perjalanan anda sempena Deepavali akan lebih lancar dan selamat!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan