Berita baik buat penunggang motosikal, Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) sedang bergiat aktif untuk menambah 22 tempat teduhan motosikal sepanjang laluan lebuhraya PLUS. Ini untuk mengimbangi antara pertambahan penunggang dan keselamatan mereka di atas lebuhraya.

PLUS setakat ini telah menyediakan 214 tempat berteduh motosikal termasuk jenis ‘stand alone’ sebanyak 28 buah dan jenis teduhan bawah jambatan sebanyak 186 buah.

PLUS Malaysia Bakal Tambah 22 Tempat Teduhan Untuk Penunggang Motosikal
Kredit Foto: bharian.com.my

Menurut PLUS, mereka bercadang untuk menambah 22 lagi tempat berteduh. Antara cadangannya, enam buah stand alone dan 16 teduhan bawah jambatan menjelang suku kedua tahun 2024.

Ads

Selain penggunaan tempat teduhan motor, PLUS turut menasihati pengguna motosikal agar berhenti di stesen R&R atau stesen petrol yang berdekatan sekiranya keadaan cuaca semakin membahayakan.

PLUS Malaysia Bakal Tambah 22 Tempat Teduhan Untuk Penunggang Motosikal
Kredit Foto: piston.my

Tambahan lagi, mereka dinasihatkan untuk berada di belakang penghadang jalan apabila berhenti di tepi jalan supaya lebih selamat. Hal ini kerana banyak berlaku kes kereta terbabas lalu melanggar penunggang motosikal yang berhenti di bahu jalan.

Ads

Menurut Pengurus Operasi Senior PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, penunggang di ingatkan untuk tidak berhenti atau berkumpul di laluan kecemasan kecuali berlaku kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

PLUS Malaysia Bakal Tambah 22 Tempat Teduhan Untuk Penunggang Motosikal
Kredit Foto: utusan.com.my

Justeru itu, mereka yang berhenti di bahu jalan juga perlu mematuhi peraturan jalan dan sentiasa waspada dengan keadaan sekeliling. Seboleh-bolehnya berhenti di kawasan Rehat & Rawat (R&R) kerana keadaan yang lebih selamat dan terkawal.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI