Jenama yang tidak asing dengan model touring bike seperti BMW GS serta model sport bike seperti BMW S1000 R, kini BMW Motorad hadir dengan model Bagger iaitu BMW R18B.
Model bagger buatan german ini merupakan salah satu model bagger yang akan menyaingi dominasi jentera chopper di Malaysia iaitu Harley Davidson.
Hadir dengan enjin Boxer yang tidak asing lagi untuk kebanyakan model-model jentera BMW, rekaan depan motosikal ini hadir dengan fairing yang bersaiz besar yang disuaikan dengan sistem suspensi hadapan yang serta dengan penghadang angin yang menarik mewujudkan satu perwatakan yang garang pada motosikal ini.
Hadir dengan engin berkuasa 1802 cc yang menghasilkan 91 kuasa kuda pada 4750 rpm, kuasa motosikal tersebut dipindahkan kepada tayar dengan menggunakan sistem aci sesondol (Drive Shaft) menjadikan motosikal ini lebih unik dan mempunyai kelas yang tersendiri.
Hadir dengan rim kecil dan lebar berukuran 5.0 x 16 inci di bahagian belakang dan rim bersaiz besar 3.5 x 19 inci di bahagian hadapan, meletakkan motosikal ini setaraf dengan model bagger yang lain.
Dilengkapi dengan sistem keselamatan oleh BMW Motorrad Integral ABS dan disokong oleh sistem brek berkembar 300mm dengan kaliper 4 omboh di bahagian hadapan serta sistem brek 300mm dengan kaliper 4 omboh di bahagian belakang.
Empat panel meter analog bulat tradisional didatangkan bersama dengan paparan TFT 10.25” moden terdiri daripada penunjuk aras bahan api, peta navigasi, dan mempunyai semua maklumat yang tersedia sepintas lalu.
Lebih menarik, untuk sebuah pemanduan yang tidak membosankan, motosikal ini hadir dengan pembesar suara kalis air daripada jenama Marshall membolehkan anda menikmati muzik sepanjang pemanduan. Sistem pembesar suara yang dihubungkan melalui BMW Connect boleh dikawal melalui paparan TFT.
Elemen klasik seperti bentuk lampu bulat tradisional yang mempunyai teknologi pencahayaan LED yang canggih memberikan anda pencahayaan jalan yang hampir lengkap semasa membelok sambil mengekalkan lampu pancaran tinggi pada julat lampu hadapan yang berterusan.
Harga yang ditawarkan untukk model motosikal ini adalah RM 186,500 tidak termasuk cukai jalan dan insuran dan pada pendapat penulis harga yang ditawarkan tidak terlalu jauh berbeza dengan model-model Road Glide Harley Davidson, namun semuanya bergantung kepada minat dan keselesaan pembeli motosikal tersebut.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.