Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merancang untuk menampilkan lebih banyak reka bentuk berorientasikan Asean dalam kategori sedan kompak seterusnya.

Menerusi laporan NSTP, Presiden dan ketua pegawai eksekutif  Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata setakat ini Perodua hanya mempunyai satu model dalam sedan kompak iaitu Perodua Bezza.

Dalam ucapannya ketika sidang akhbar di Asian Compact Sedan Design Competition (ACSDC 2023) yang berlangsung pada 4 Julai 2023, beliau menegaskan bahawa perancangan reka bentuk semula untuk Bezza mungkin akan bermula dari sekarang untuk perubahan model lengkap dalam masa dua atau tiga tahun.

Reka bentuk Perodua Bezza 2023 yang terkini. Kredit foto: Website Perodua

Dalam usaha mengumpul inspirasi untuk mendapat reka bentuk yang memenuhi cita rasa Asean, Perodua bekerjasama dengan Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) untuk menganjurkan ACSDC 2023 untuk mempromosikan reka bentuk yang baik dan merangsang daya saing dalam kalangan pereka kereta.

IKLAN

Menariknya, pertandingan yang bakal diadakan itu terbuka untuk penyertaan ke warga serantau negara Asean dan akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu pelajar universiti dan pereka profesional.

Zainal berkata lagi, pertandingan itu bertujuan untuk menarik lebih banyak idea bersemangat dan mencapai lebih ramai bakat muda yang meminati reka bentuk automotif. Selain itu, penyertaan negara-negara ASEAN akan membolehkan kemasukan idea-idea dari bahagian-bahagian berbeza di rantau ini diguna pakai dalam reka bentuk kereta seterusnya.

Rekaan dalaman Perodua Bezza 2023. Kredit foto: Website Perodua

BACA JUGA: MINI Malaysia Meraikan ‘Spirit of Big Love’ Dengan Kembalinya Minifest 2023

IKLAN

Akan berlangsung selama tujuh bulan, lapan calon yang disenarai pendek kemudiannya akan membangunkan model berskala penuh dan membentangkan pemikiran reka bentuk di sebalik setiap reka bentuk.

Beliau juga berkata bahawa pertandingan itu adalah platform untuk mengumpul inspirasi reka bentuk dan sasaran jangka panjang untuk pertandingan itu adalah untuk mengangkat Malaysia sebagai hab seterusnya bagi reka bentuk automotif di rantau ini.

IKLAN

Sementara itu, Pengarah MRM Husaini Ismail berkata, kerjasama antara Perodua dan MRM adalah satu langkah bagus dalam industri automotif. Hadiah bernilai lebih RM100,000 dan insentif akan menanti para finalis.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI