Berita

Perkembangan Kes Kemalangan SMK Jati Meru, Ipoh

Share

Seorang pegawai tinggi polis yang disyaki terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Meru, Ipoh pada Jumaat lalu, telah dihadapkan pendakwaan di Mahkamah Majistret Ipoh semalam di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas tuduhan membunuh.

Dalam kenyataan malam Ahad oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan menunjukkan kecukupan bukti bagi mendakwa pegawai berpangkat DSP tersebut di bawah seksyen yang disebutkan.

Justeru, suspek akan didakwa secara sementara di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak. Kemudian, Mahkamah Majistret akan menetapkan tarikh perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Kredit Foto: Majoriti.com

Pada 15 Disember, kes seorang pelajar lelaki yang meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, menjadi viral di media sosial. Pegawai polis berusia 44 tahun dipercayai memandu kereta pada ketika itu.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan Muhammad Zaharif Affendi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius pada bahagian dada dan abdomen.

Berikutan insiden itu, pegawai polis tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula Sabtu (16/12)  bagi membantu siasatan.

Kredit: Majoriti.com / Free Malaysia Today /

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan