Berita

Perhimpunan Suzuki Jimny Di Afrika Selatan Cipta Rekod Dunia Guinness!

Share

Baru-baru ini satu perhimpunan bersejarah peminat Suzuki Jimny mini 4×4 telah berlangsung di Afrika Selatan.

Perhimpunan gergasi tersebut dianjurkan oleh Suzuki Auto South Africa yang berlangsung pada 24 September 2023. Apa yang menarik pada acara ini ialah kejayaan mereka menyatukan dan mengumpulkan hampir 800 orang pemilik Jimny dalam satu perhimpunan yang cukup berprestij.

Kredit Foto : Website motorbiscuit.com

Lebih menarik lagi, perhimpunan tersebut turut mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness baru untuk ‘Kereta paling banyak menyalakan lampu dengan serentak’.

Kredit Foto : Website autocar.co.nz

Walaupun senarai rasmi masih belum keluar, wakil-wakil Suzuki telah mengesahkan kejayaan cubaan ini, menandakan satu pencapaian bersejarah bagi komuniti Jimny yang penuh semangat.

Acara tersebut bukan sahaja mempamerkan kecekapan kehebatan off-road Jimny tetapi juga mengeratkan hubungan diantara para pemandu dan pemiliknya. The Jimny Wave, satu tradisi yang menyentuh hati di mana pemiliknya menyalakan lampu mereka sebagai tanda memberi salam, melambangkan keakraban komuniti ini.

Kredit Foto : motorbiscuit.com

Selepas menguji pemanduan Suzuki Jimny terkini, adalah jelas bahawa kenderaan ini mempunyai kelebihan yang luar biasa. Memiliki sebuah Jimny menjadi satu pelaburan emosi, menjanjikan ‘senyuman setiap jarak jalan’ yang tiada tandingannya untuk setiap pemanduan.

Di pasaran tempatan, Naza Eastern Motors Sdn Bhd menawarkan varian tunggal Jimny. Suzuki memperkenalkan Jimny Rhino Edition edisi istimewa terhad hanya 30 unit Sahaja.

Dijual pada harga RM174,900 tidak termasuk insurans dan cukai jalan, Jimny tetap menjadi satu daya tarikan kepada peminat kenderaan off-road yang comel tetapi mempunyai satu imej eksklusif.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi