Salah satu elemen yang paling penting untuk kelancaran kereta anda adalah minyak enjin. Setiap komponen mekanikal di dalam enjin perlu dibasahi dengan minyak untuk memastikan kelancaran komponen-komponen tersebut berfungsi.

 

Disamping itu, setiap komponen di dalam enjin akan menghasilkan geseran sewaktu ianya digerakkan, justeru untuk mengurangkan geseran pemilihan minyak enjin yang bersesuaian adalah penting agar tidak berlaku sebarang kerosakan pada komponen enjin.

 

Penulis akan berkongsi jenis-jenis minyak enjin yang terdapat di pasaran.

 

1.Minyak Jenis Mineral (Mineral oil)

Minyak ini mempunyai tahap kelikatan yang tinggi berbanding dengan minyak enjin yang lain. Minyak ini sesuai untuk enjin yang sudah menjangkau usia 8 tahun ke atas dan enjin yang mempunyai rekaan biasa serta untuk pemanduan biasa.

Perbezaan Minyak Enjin Kereta Yang Anda Perlu Tahu
Kredit foto : www.perodua.com.my

Enjin yang sudah berusia akan menyebabkan banyak komponen telah haus dan memerlukan minyak enjin yang likat untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

 

Jika anda sesorang yang suka akan kelajuan, minyak ini tidak sesuai untuk prestasi kenderaan yang bergerak laju.

 

2.Minyak Jeni Separa Sintetik (Semi Synthetic Oil)

Minyak separa sintetik mempunyai sejumlah kecil minyak enjin sintetik yang dicampur dengan minyak mineral untuk meningkatkan sifatnya tanpa meningkatkan kos dengan banyak.

Perbezaan Minyak Enjin Kereta Yang Anda Perlu Tahu
Kredit foto : www.perodua.com.my

Penambahan minyak sintetik meningkatkan kelikatan dan rintangan hausnya pada suhu dan tekanan yang lebih tinggi. Ketahanan minyak ini juga lebih baik berbanding minyak mineral dan juga jarakmasa pertukaran minyak enjin yang lebih lama sehingga 7,000km atau tempoh 3 bulan.

 

Minyak ini juga sesuai untuk kenderaan yang berusia tiga tahun dan keatas.

 

3.Minyak Jenis Sintetik Penuh (Full Synthetic Oil)

Minyak sintetik penuh merupakan minyak yang diformulasikan dengan bahan tambahan berprestasi lebih tinggi, beroperasi dengan baik untuk suhu yang melampau dan mempunyai molekul minyak yang lebih seragam.

Perbezaan Minyak Enjin Kereta Yang Anda Perlu Tahu
Kredit foto : www.perodua.com.my

Minyak ini lebih cair berbanding dengan minyak mineral dan semi sintetik dan mampu untuk membantu kecekapan bahan api. Formulasi ini menjamin pengguna untuk menggunakan sehingga 10,000km atau selang tempoh 5 bulan.

 

Secara kesimpulan,  cara terbaik memilih minyak enjin yang betul adalah dengan menyemak manual pemilik anda untuk berat minyak yang dicadangkan oleh pengeluar kereta anda. Adakah anada masih menyimpan buku manual untuk kereta anda?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI