Jawapan kepada persoalan di atas adalah perlu! Warna cat kereta memainkan peranan penting dalam mencerminkan personaliti dan karakter pemilik kereta. Namun, anda wajib untuk mengemaskini maklumat tersebut kepada pihak JPJ untuk dikemaskini di dalam sistem kenderaan anda. Jika anda ingin menukar warna cat kereta anda, ada beberapa langkah dan prosedur yang perlu diikuti.
Penukaran Warna Cat
Secara amnya, penukaran warna cat kereta bukanlah suatu kesalahan. Anda boleh menukar warna cat kereta anda pada bila-bila masa. Namun, pengubahsuaian pada warna cat kenderaan memerlukan kelulusan daripada JPJ selaras dengan Seksyen (12) Gagal mengesahkan perubahan bertulis ke atas maklumat pendaftaran, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Prosedur Pengubahsuaian Warna Kenderaan
Menurut Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, JPJ, perubahan yang dilakukan pada kenderaan perlu dilaporkan kepada JPJ dalam tempoh tujuh hari selepas perubahan dilakukan. Ini termasuk perubahan warna cat.
Panduan Tukar Warna Cat Kereta oleh JPJ
Sebelum mendapatkan kelulusan pengubahsuaian, cat kenderaan anda terlebih dahulu. Kemudian, hadir ke pejabat JPJ untuk pemeriksaan dan kemas kini maklumat. Anda perlu mengisi borang JPJ K8 dan serahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas. Pegawai JPJ akan memeriksa warna kenderaan anda sebelum memberikan kelulusan.
Body Wrap Kereta
Selain menukar warna cat, ada dalam kalangan pemilik kereta juga memilih untuk melakukan body wrap. Namun, penggunaan body wrap juga dianggap sebagai kesalahan yang sama dengan menukar warna cat kereta.
Kepentingan Melakukan Modifikasi dengan Kelulusan JPJ
Anda boleh menukar warna asal kereta anda tetapi perubahan ini perlu dimaklumkan kepada JPJ. Jika tidak, anda mungkin berpotensi untuk dikenakan saman. Selain itu, kelulusan ini penting terutamnya untuk proses tuntutan isurans sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan tetapi warna kenderaan tidak sama seperti yang tertera di dalam geran kenderaan.
Urusan Permohonan
Urusan permohonan penukaran warna hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ. Anda boleh memuat turun borang Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan Dan Pemunya Berdaftar (JPJ K8) di portal rasmi JPJ untuk memudahkan urusan.
Kesimpulannya, jika anda ingin menukar warna cat kereta, pastikan anda mengikuti prosedur yang betul dan mendapatkan kelulusan daripada JPJ untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.