Bakal menggegarkan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 15 sehingga 17 September 2023, peminat automotif tanah air bakal menyambut hari raya permotoran melalui acara CORE International Auto-fest 2023.

Pentas Jentera Modifikasi Dibuka, Club Of Route Enthusiast (CORE) International Auto-Fest Menanti Kehadiran Anda!
Kredit foto : SF Wheels Showcase

Pengajuran acara yang diterajui oleh SF Wheels Showcase, Mindworks Trading dan BigSumo Community membawa kelainan kerana acara ni merupakan satu perhimpunan besar dunia permotoran tanpa mengira jenis kenderaan dan jenama. Dianggarkan sebanyak 5’000 kereta akan membanjiri acara ini pada hari sabtu dan 10’000 motosikal bakal menghangatkan suasana pada hari ahad.

Pentas Jentera Modifikasi Dibuka, Club Of Route Enthusiast (CORE) International Auto-Fest Menanti Kehadiran Anda!
Kredit foto : SF Wheels Showcase

Acara edisi pertama yang julung kali diadakan bakal menghimpunkan peminat-peminat automotif dari seluruh pelusuk tanah air termasuk dari negara jiran Singapura dan Thailand.

 

Lokasi yang strategik, luas dan jauh daripada penempatan membuka ruang kepada semua peminat motosikal dan kereta untuk berhimpun dan mempamerkan jentera modifikasi. Acara ini boleh menjadi medan berkongsi maklumat berkenaan modifikasi dan automotif.

Ads

 

Pengurus CORE International Autofest, Lt Idzmi Hafiz menekankan bahawa pengenalan budaya automotif kreatif ini kepada belia Malaysia sebagai satu sinar positif kepada minat dan hobi mereka.

Pentas Jentera Modifikasi Dibuka, Club Of Route Enthusiast (CORE) International Auto-Fest Menanti Kehadiran Anda!
Lt Idzmi Hafiz bersama Johnny Daigo dan motosikal  kustom daripada SF Garage

Acara yang berkonsepkan Karnival Usahawan Automotif dan Sukan Pertunjukan Permotoran (Autoshow) Kereta dan Motosikal menjadi medan untuk belia mempamerkan hasil karya modifikasi mereka yang luar biasa bertaraf antarabangsa.

Ads
Pentas Jentera Modifikasi Dibuka, Club Of Route Enthusiast (CORE) International Auto-Fest Menanti Kehadiran Anda!
Kredit foto : Facebook AMDChampionship

Antara individu dan kelab permotoran yang bakal hadir untuk acara ini adalah Abah Derhaka Motorspot yang terkenal dengan modifikasi tayar besar pada motosikal kapcai, Omar Jumiran daripada Eastern Bobber yang merupakan individu yang berjaya memenangi tempat kedua pada acara AMD World Championship of Custom Bike Building 2018 di Jerman.

Pentas Jentera Modifikasi Dibuka, Club Of Route Enthusiast (CORE) International Auto-Fest Menanti Kehadiran Anda!
Kredit foto : Facebook abahderhakamotorsports

Pengunjung yang beminat untuk menghadiri acara ini, tiket boleh dibeli melalui pautan www.coreautofest.my dengan harga bermula RM15 untuk pas acara satu hari dan pas acara untuk tiga hari beharga RM45 yang dibeli sebelum 25 Ogos 2023.

 

Ads

Tiket untuk pengunjung Walk-in pada hari acara berlangsung adalah bernilai RM20  dan Fast Lane berharga RM30 untuk acara satu hari. Kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah dan Individu Kelainan Upaya adalah percuma.

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI