Berita

Pengorek Kaut Elektrik EC230 Volvo CE Lebih Mesra Alam & Kurang Pencemaran Bunyi

Share

Volvo Construction Equipment (Volvo CE) telah memperkenalkan jentera pengorek kaut elektrik, EC230 sebagai satu langkah penting dalam perjalanan industri pembinaan menuju kelestarian dan inovasi. Jentera berat tanpa asap? Mungkin ia akan direalisasikan tidak lama lagi.

Pengorek kaut Elektrik EC230 bukan hanya terkenal di Eropah. Sebelum dikomersialkan di Eropah, jentera ini pertama kali diperkenalkan kepada dunia di China pada tahun 2021 dan kemudian di Norway pada tahun 2022. Kini, ia menjadi satu gelombang baharu di seluruh Eropah, dibina khas untuk kumpulan pelanggan terpilih yang mengutamakan prestasi dan kelestarian.

Dengan berat 23 tan, pengorek kaut Elektrik EC230 menjanjikan prestasi yang sama hebatnya dengan pengorek kaut yang menggunakan diesel, Volvo EC200E. Namun, apa yang membezakannya adalah kesanya terhadap alam sekitar.

Dengan tiada perlepasan karbon C02, bunyi bising yang berkurangan, dan gegaran yang minimum, ia adalah satu bukti dedikasi Volvo untuk menggabungkan prestasi terbaik dengan kesedaran ekologi.

Selain itu, pengalaman operator yang telah menggunakan jentera ini memberi maklum balas bahawa jentera ini bukan sahaja mempunyai kekuatan menggali yang serupa dengan versi diesel tetapi juga cara bekerja  lebih cepat dan jauh lebih senyap.

Kekuatan EC230 Elektrik bukan hanya di atas kertas. Ia telah menunjukkan kecekapannya dalam projek mega  seperti pembangunan bandar Slakthusområdet di Sweden dan Projek Tapak Pembinaan Hijau Masa Hadapan di Denmark.

Pengorek kaut Elektrik EC230 dikuasakan oleh bateri lithium-ion yang terkini, direka khas untuk bertahan sepanjang hari bekerja dengan pengecasan pantas semasa waktu makan tengah hari. Jengkaut ini dapat  memastikan ia sesuai untuk pelbagai tugas, dari pengorekan tanah hingga pengendalian sisa, menjadikannya aset berharga untuk keperluan pembinaan masa kini.

EC230 Elektrik merupakan satu permulaan. Volvo CE telah berada di garisan hadapan untuk memperkenalkan lebih banyak mesin elektrik, dengan model EC230 menjadi  “pioneer” dalam julat saiz sederhana mereka.

Pengorek KAUT Elektrik EC230 lebih daripada sekadar mesin, ianya merupakan masa depan pembinaan jentera elektrik, memastikan kelestarian, dan sangat cekap.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi