Berita

Pengguna Cukai Jalan Digital Tak Perlu Risau, Tiada Tindakan Diambil – PDRM

Share

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tegas mengesahkan pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital tidak akan menghadapi sebarang tindakan.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, yang mengakui adanya kekeliruan dan ‘kekalutan’ dalam pelaksanaan perkara tersebut.

Kredit Foto: eCentral.com

Datuk Mohd Nasri Omar menjelaskan bahawa JSPT telah mengikuti arahan kerajaan mengenai cukai jalan dan lesen memandu digital, seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini. Beliau berkata, “Tiada tindakan akan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.”

Walau bagaimanapun, beliau menyarankan agar pengguna jalan raya menunjukkan kesahihan maklumat melalui aplikasi yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa pemeriksaan.

Mohd Nasri juga menjelaskan bahawa JSPT memiliki aplikasi yang menghubungkan data maklumat kenderaan dan lesen memandu yang dikelola oleh JPJ. Oleh itu, beliau menyatakan, data kenderaan yang dipamerkan secara tangkap layar atau ‘screen shot’ oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT untuk membuktikan kenderaan tersebut adalah miliknya.

Sebagai langkah tambahan, ini bertujuan untuk memastikan kesahihan dan keselamatan pemilik kenderaan serta mengesahkan bahawa kenderaan tersebut bukanlah hasil kecurian.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan